Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Muhyiddin mahu Bersatu diterajui pemimpin baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Muhyiddin mahu Bersatu diterajui pemimpin baru

Feb 19, 2024 | 03:00 PM



PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memerlukan kepimpinan baru untuk mengemudi parti itu dalam tempoh terdekat, kata Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Beliau menambah bahawa Bersatu memiliki ramai barisan pemimpin muda yang boleh dipercayai untuk mengemudi parti itu, sekali gus menyangkal kebimbangan dalam parti bahawa Bersatu tidak akan sama tanpa kepimpinan beliau.

“Bersatu bukan Muhyiddin... Bersatu ialah satu perjuangan orang Melayu dan sebab itu mereka bersama dengan saya kerana mendokong satu perjuangan.

“Saya tidak boleh kekal lama dan saya fikir sudah sampai masa untuk satu barisan pimpinan baru mengambil alih.

“Saya fikir dalam tempoh setahun atau dua tahun akan datang peralihan kuasa akan berlaku dalam Bersatu menerusi sistem demokrasi, pemilihan dan sebagainya,” kata Tan Sri Muhyiddin lapor The Star.


Pada November 2023, hanya selepas sehari mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan beliau akan bertanding untuk satu penggal lagi.

Pengumuman itu susulan Perhimpunan Agung Bersatu ketika itu sebulat suara meluluskan usul menolak keputusan dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin untuk tidak mempertahankan jawatannya.

Mengenai soalan terkait dakwaan berlaku perbalahan dalam Bersatu, mantan perdana menteri Malaysia itu berkata mungkin wujud perbezaan pendapat atau pandangan dalam mana-mana parti politik yang mengamalkan demokrasi dan tidak menyekat ahli serta pemimpin bersuara.

“Tetapi tidak ada kem... Perbezaan pendapat itu ada, tetapi tidak sampai tahap boleh menimbulkan perpecahan. Sebagai pengasas Bersatu, saya tidak mahu lihat dan tidak akan menjadi orang yang menyebabkan perpecahan.

“Perjuangan kita akan jadi sia-sia dan perjuangan ini bukan untuk saya atau individu tertentu dalam parti tetapi untuk orang Melayu, Islam dan sebagainya.

“Kalau mereka mengambil itu sebagai panduan asas, maka tidak mungkin akan ada perbalahan. Kadang-kadang perbalahan itu masalah peribadi dan itu kita mahu elakkan,” katanya.

Dalam satu laporan terbaru, ada dakwaan menyatakan Bersatu menyaksikan perebutan kuasa antara pemimpinnya untuk mengambil alih jawatan presiden selepas Tan Sri Muhyiddin berundur.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menolak dakwaan itu dengan berkata kepimpinan parti telah menyelesaikan isu penting dan kini memberi tumpuan kepada perjuangan rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >