Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

AP pembangkang Bersatu sokong Anwar akan hilang kerusi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

AP pembangkang Bersatu sokong Anwar akan hilang kerusi

Jan 30, 2024 | 12:49 PM



PETALING JAYA: Ahli Parlimen (AP) Tanjong Karang bakal menjadi wakil rakyat pembangkang Parti Pribumi Bersatu Malaysia pertama terpaksa mengosongkan kerusinya kerana menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Tindakan itu ialah bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Encik Mohd Rafiq Abdullah, berkata tindakan itu selaras keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat khas parti itu pada 28 Januari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya yang khianat.

Beliau berkata (AP) Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, mungkir janji sedangkan beliau telah membuat akuan berkanun (SD) menyokong presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan tidak akan mengkhianati parti itu.

Pengakuan itu dibuat selepas lima AP Bersatu beralih sokongan kepada Datuk Anwar.

“Satu (kerusi) dah boleh teruskan (tindakan undang-undang) kepada Zulkafperi. Dia, selepas insiden (beberapa AP Bersatu beralih sokongan), ada buat aku janji dengan parti.

“Dia (Zulkafperi) dah buat SD tidak akan khianat. (Jadi) kita teruskan (tindakan undang-undang) dalam masa terdekat,” katanya, lapor portal Free Malaysia Today (FMT) pada 29 Januari.


Datuk Zulkafperi AP Bersatu keenam dan terkini yang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Anwar.

Lima yang terdahulu ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (AP Bukit Gantang), Encik Zahari Kechik (AP Jeli), Encik Mohd Azizi Abu Naim (AP Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (AP Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (AP Labuan).

Terdahulu, setiausaha agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata mesyuarat pada 28 Januari itu bersetuju meminda perlembagaan parti bagi menghalang tindakan khianat oleh AP-nya daripada berulang.

Selepas ini, AP Bersatu yang didapati khianat boleh kehilangan kerusi, ujar beliau.

Encik Rafiq berkata tindakan sama akan diambil terhadap lima lagi AP yang beralih sokongan itu.

“Lima lagi selepas kita pinda (perlembagaan parti), kita akan keluarkan surat… tanya adakah mereka bersama parti atau tidak.

“Kita akan lawan sampai kerusi itu dikosongkan, (mesyuarat agung) belum diputuskan, ibu pejabat tengah uruskan, tarikh, prosedur… kita ada pasukan guaman kita,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >