Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor, Sabah turut dilanda banjir, jumlah mangsa lebih 28,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor, Sabah turut dilanda banjir, jumlah mangsa lebih 28,000

Dec 27, 2023 | 05:28 PM



Johor dan Sabah menjadi dua negeri terbaru di Malaysia dilanda banjir, menjadikan enam negeri terjejas, dengan jumlah mangsa meningkat kepada 28,363 orang daripada 8,524 keluarga di 215 pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga 8 pagi 27 Disember.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Pusat (PKOP) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), jumlah itu meningkat daripada 25,530 orang daripada 7,424 keluarga yang terjejas di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, pada 26 Disember.

Bagaimanapun, jumlah mangsa yang direkodkan pada 1 tengah hari 27 Disember menunjukkan sedikit penurunan kepada 25,949 orang daripada 8,003 keluarga di 183 PPS di enam negeri terbabit.

Ia berikutan ada mangsa di beberapa kawasan di Pahang, Kelantan dan Terengganu mula dibenarkan pulang menjelang tengah hari 27 Disember, selepas banjir di tempat mereka kian surut.

Berdasarkan laporan PKOP, jumlah mangsa di Kelantan masih mencatat jumlah tertinggi, iaitu 17,666 orang daripada 5,390 keluarga di 76 PPS pada 27 Disember, berbanding 14,707 mangsa daripada 4,479 keluarga yang berlindung di 91 PPS pada 26 Disember.

Terengganu juga menunjukkan sedikit penurunan jumlah mangsa kepada 8,732 orang daripada 2,503 keluarga di 98 PPS pada 27 Disember, berbanding 10,279 mangsa daripada 2,808 keluarga yang terpaksa berpindah ke 134 PPS.

Jumlah mangsa di Pahang juga berkurangan kepada 74 orang daripada 21 keluarga di tiga PPS, manakala Johor kekal mencatatkan jumlah mangsa seramai 87 orang daripada 17 keluarga di satu PPS, Sabah dengan 180 mangsa daripada 46 keluarga di dua PPS, dan empat sekeluarga masih berada di satu PPS di Selangor.

Di Kelantan, kediaman Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, di Kampung Meranti, Pasir Mas, antara yang dinaiki air.

Dalam satu perkongsian di Facebook rasminya, Datuk Mohd Nassuruddin memaklumkan paras air di kawasan rumahnya naik mendadak mulai tengah malam pada 26 Disember.

“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi (26 Disember) kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kampung Meranti.

“Alhamdullilah, pagi ini (27 Disember) masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim,” katanya.

Sementara itu Berita Harian Malaysia melaporkan pada 27 Disember bahawa benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang, pecah akibat arus deras pagi 26 Disember.


Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Encik Marinamarican Abdullah, berkata benteng tersebut pecah selebar 20 meter.

“Kita mendapat maklumat benteng projek PLSB itu pecah pada pagi 26 Disember akibat peningkatan paras air Sungai Golok yang tinggi.

Benteng berkenaan setinggi lebih 10 meter, manakala air Sungai Golok semalam mencecah 11.03 meter.

Pembinaan benteng banjir seperti sebelah Thailand itu bertujuan mengatasi masalah banjir di kawasan penempatan yang bersempadan dengan Thailand.

Terdahulu, paras air Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam sembilan tahun dengan bacaan 11.03 meter, berbanding rekod tertinggi sebelum ini, iaitu 10.84 meter pada 2014.

Dalam pada itu, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Kelantan, juga terpaksa ditutup mulai petang 26 Disember akibat banjir.

Bahagian Perancangan Strategik dan Khidmat Korporat, Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan dalam satu kenyataan pada 26 Disember petang memaklumkan penutupan itu dilakukan serta-merta hingga diberitahu kelak.

“Hanya ICQS Rantau Panjang ditutup, manakala ICQS Pengkalan Kubor dan Jeli masih beroperasi seperti biasa. Segala kesulitan amat dikesali,” kata kenyataan itu.

Banjir kali ini turut menyebabkan lebih 1,000 mangsa banjir yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang, terpaksa bersesak susulan premis itu turut dinaiki air sejak tengah malam pada 26 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >