Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Bapa didakwa bunuh bayi sendiri berusia enam bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bapa didakwa bunuh bayi sendiri berusia enam bulan

Apr 19, 2024 | 12:54 PM



BANGI: Seorang bapa didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi, Selangor, pada 19 April atas tuduhan membunuh bayi kandungnya berusia enam bulan di sebuah unit pangsapuri pada 14 April lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, Mohamad Aizat Samin, 25 tahun, hanya mengangguk tanda faham selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret, Cik Nurdiyanah Mohd Nawawi.

Bagaimanapun, pengakuan tidak direkodkan kerana kes bunuh itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Sinar Harian.


Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik tuduhan terhadap suaminya dibacakan.

Mengikut fakta tuduhan, lelaki itu didakwa membunuh bayi lelakinya, Muhammad Aysar Wildan Mohamad Aizat, berusia enam bulan, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, antara 8 malam, 14 April hingga 7.40 pagi, 15 April lalu.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Cik Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon satu tarikh untuk laporan kimia, toksikologi dan forensik tempat kejadian.

Sebelum ini, media Malaysia melaporkan seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut disyaki akibat menjadi mangsa dera bapa kandungnya.

Penderaan dialami mangsa terbongkar susulan bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Kajang, Selangor, terhadap mayat mangsa menemui kesan kecederaan pada kepalanya.

Sebelum itu bapa mangsa membuat laporan polis palsu mendakwa bayinya meninggal dunia akibat kemalangan, namun bedah siasat mendapati mangsa maut disebabkan perbuatan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman, berkata maklumat daripada bapa mangsa mendakwa bayi lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedar diri di rumah mereka pada 15 April.

Berikutan itu, polis menahan bapa bayi berkenaan pada 11.30 malam 15 April lalu untuk membantu siasatan.

Suspek ditahan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang sebelum saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >