Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bapa, teman wanita ditahan selepas 2 beradik lemas dalam sungai

Sep 5, 2025 | 12:51 PM
tenggelam, Port Dickson, adik beradik
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membawa naik kenderaan yang tenggelam dan mengorbankan dua beradik di dasar sungai dekat Port Dickson, Negeri Sembilan, pada 4 September. - Foto BERNAMA

PORT DICKSON: Dua kanak-kanak lemas selepas terperangkap dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan, ketika mereka sedang tidur dalam kenderaan itu.

Kejadian berlaku apabila kereta dinaiki dua beradik membabitkan kanak-kanak lelaki berusia enam dan perempuan berumur lapan tahun bersama bapa mereka dan seorang wanita dipercayai tiba-tiba menggelongsor ke dalam sungai ketika diletakkan di kawasan tebing.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata menyusuli kejadian itu, polis menahan bapa kepada dua beradik lemas itu dan teman wanitanya bagi membantu siasatan, selepas mereka didapati memberi keterangan meragukan berhubung insiden terbabit.

“Hasil semakan mendapati lelaki terbabit yang berusia 46 tahun mempunyai 16 rekod jenayah lampau, termasuk empat kes yang masih dikehendaki.

“Wanita berusia 41 tahun itu pula tiada sebarang rekod jenayah. Hasil ujian saringan air kencing terhadap kedua-dua mereka bagaimanapun didapati negatif.

“Namun, hasil semakan ke atas kereta terbabit dalam kejadian itu mendapati ia adalah kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor, pada 2022,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 5 September.

Datuk Alzafny berkata pasangan beralamat di Shah Alam, Selangor, itu dibawa ke mahkamah di Seremban, Negeri Sembilan, bagi permohonan reman untuk membantu siasatan kes atas tuduhan membunuh.

Mahkamah Majistret Seremban membenarkan kededua mereka direman sehingga 11 September.

Bapa kepada dua kanak-kanak yang lemas selepas terperangkap dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan, bersama teman wanitanya direman sehingga 11 September untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Bapa kepada dua kanak-kanak yang lemas selepas terperangkap dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan, bersama teman wanitanya direman sehingga 11 September untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. - Foto NSTP

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden malang membabitkan kanak-kanak itu pada 11.42 pagi, 4 September. 

Kededua mangsa dipercayai lemas akibat terperangkap dalam kenderaan dan pegawai perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan kematian mereka.

Katanya, jenazah dua kanak-kanak itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg