Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bayaran pencen sektor awam M’sia meningkat lebih RM1b setiap tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bayaran pencen sektor awam M’sia meningkat lebih RM1b setiap tahun

Mar 14, 2024 | 11:40 AM



KUALA LUMPUR: Tanggungan kerajaan ke atas pembayaran pencen merangkumi pesara perkhidmatan awam, Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran, setiausaha politik dan hakim meningkat lebih RM1 bilion ($280 juta) setiap tahun.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata kerajaan membayar RM32.01 bilion kepada 931,707 pesara pada 2023, meningkat RM1.75 bilion berbanding tahun sebelumnya yang dibayar kepada 902,999 pesara.

Beliau berkata pada 2022 kerajaan membayar pencen sebanyak RM30.26 bilion, meningkat RM2.22 bilion berbanding 2021 yang dibayar kepada 878,441 pesara membabitkan bayaran RM28.04 bilion.

“Untuk 2020, kerajaan membayar RM26.39 bilion kepada 859,422 pesara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 14 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Jerantut, Encik Khairil Nizam Khirudin, yang bertanyakan jumlah sebenar pembayaran pencen kepada pesara penjawat awam pada 2020 sehingga 2023 dan peratusan peruntukan pencen daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan.

Dr Zaliha turut berkata tanggungan faedah persaraan kerajaan diunjurkan semakin meningkat setiap tahun.

Beliau berkata pada 2023, jumlah perbelanjaan faedah persaraan adalah sebanyak RM32.01 bilion dan dijangka akan mencecah RM46.36 bilion pada 2030 dan RM120 bilion menjelang 2040.

Sehubungan itu, katanya bagi memastikan kerajaan dapat menguruskan perbelanjaan kewangan negara dengan lebih mampan, satu kaedah baru lantikan tetap sedang diteliti dan pelaksanaan kaedah baru lantikan tetap dijangka akan dapat memberi penjimatan kepada kerajaan daripada segi tanggungan pencen dalam tempoh jangka panjang.

“Lantikan Kontrak (Interim) adalah langkah sementara ke arah memperkenalkan kaedah baru lantikan tetap pegawai perkhidmatan awam.Tempoh Lantikan Kontrak ini adalah tidak lebih daripada tiga tahun sebelum pegawai dilantik secara tetap tanpa perlu melalui proses pengambilan semula,” katanya.

Menjawab soalan berhubung dasar terkini kerajaan mengenai pencen kakitangan awam serta kajian kesan jangka panjang kepada pembangunan masyarakat dan negara, Dr Zaliha berkata pada masa ini, skim pencen bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan pesara sedia ada masih diteruskan, namun implikasi kewangan terhadap tanggungan faedah persaraan semakin meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, katanya bagi memastikan kerajaan dapat menguruskan perbelanjaan kewangan negara dengan lebih mampan, kerajaan sedang meneliti kaedah baru lantikan tetap dan akan membentangkan hasil kajian kepada Jemaah Menteri terlebih dulu untuk pertimbangan dan kelulusan pelaksanaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >