Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SPRM kaji undang-undang lapuk demi banteras rasuah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM kaji undang-undang lapuk demi banteras rasuah

Feb 16, 2024 | 11:21 AM



KUALA LUMPUR: Peruntukan lapuk dalam beberapa undang-undang sedia ada dikenal pasti sebagai antara faktor yang membuka ruang kepada amalan rasuah, terutama dalam kalangan penjawat awam.


Perkara itu didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Beliau turut memaklumkan agensi itu bersama pihak berkaitan sedang mengkaji semula keseluruhan peruntukan berkenaan.

Mengetengahkan contoh kontrak pemerolehan secara rundingan terus, Tan Sri Azam berkata nilai RM50,000 ($14,085) bagi tujuan itu tidak pernah disemak sejak ditetapkan pada 1990-an, sekali gus menyebabkan ramai kontraktor mungkin memberi rasuah untuk memenangi tender.

Beliau berkata penetapan nilai kontrak pemerolehan secara rundingan terus sepatutnya disemak secara berkala untuk disesuaikan dengan kadar semasa, seiring perubahan nilai mata wang.

“Kontraktor sivil hanya meraih keuntungan maksimum 15 peratus daripada nilai kontrak. Bayangkan kalau RM50,000 dan mereka bersusah payah untuk mendapatkan kontrak, mereka hanya meraih keuntungan bernilai RM7,500.

“Apakah nilai RM7,500 kalau projek berkenaan dibuat di atas bukit? Harga kereta dan hantaran kahwin pun sudah naik, mana ada yang rendah. Justeru, kita perlu tengok nilai (mata wang) semasa.

“Perkara kecil seperti ini perlu dilihat, untuk melihat isu tadbir urus atau tatakelola umpamanya, perihal pemerolehan perlu diperbetul dan ditambah baik dari semasa ke semasa,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata demikian pada sesi dialog ‘Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai?’ disiarkan stesen televisyen milik kerajaan Sarawak, pada 15 Februari malam.

Tan Sri Azam berkata SPRM juga sedang meneliti proses lapuk berhubung kawalan syarikat monopoli di negara ini, selain memaklumkan tiada undang-undang yang mampu menghalang dan menangani isu berkenaan.

“Bayangkan mereka (syarikat monopoli) dibayar 2 atau 3 peratus, ia sebenarnya tidak salah mengikut undang-undang.

“Justeru, SPRM membuat intervensi dan menyiasat perkara ini, selain mengemukakan ruang yang perlu dilihat dalam memperbetul tadbir urus.

“Budaya (tatakelola baik) tidak dapat diwujudkan tanpa memperbetul sistem dan proses supaya ada panduan kepada masyarakat di negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, Tan Sri Azam mengakui bimbang dengan kemungkinan penjawat awam terdiri daripada kelompok siswa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, antara 1998 dengan 2003, terbabit dalam amalan rasuah.

Katanya, ini berikutan hasil kajian berkaitan kewibawaan dalam kalangan mahasiswa dilakukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2003 mendapati 30 peratus daripada responden sedia mengambil rasuah, jika diberi peluang dan kelompok itu kini berada dalam pasaran kerjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >