Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi maut dihempap lengan bapa terkena serangan jantung di Melaka, bapa turut meninggal

Jun 20, 2025 | 10:31 AM
Gambar kenangan Cik Azura Abdul Malik bersama suaminya, Nurul Effendy Ibrahim dan bayi mereka, Muhammad Nur Daniel.
Gambar kenangan Cik Azura Abdul Malik bersama suaminya, Nurul Effendy Ibrahim dan bayi mereka, Muhammad Nur Daniel. - Foto AZURA ABDUL MALIK

MELAKA: Bayi lelaki berusia tiga bulan maut dipercayai lemas akibat dihempap lengan bapanya yang secara tiba-tiba diserang sakit jantung di rumah mereka di Jalan Perigi Hang Tuah, Melaka, dalam kejadian pada pagi 19 Jun.

Bapa bayi berkenaan turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itudisedari ibu bayi itu, Cik Azura Abdul Malik, 40 tahun, yang pulang ke rumah dari tempat kerja untuk membawa anak bongsu dari tiga beradik itu, Muhammad Nur Daniel Nurul Effendy mendapatkan suntikan di klinik kesihatan.

Cik Azura berkata setiba di rumah, beliau terkejut melihat keadaan bayinya berada di bawah lengan suaminya, Encik Nurul Effendy Ibrahim, 35 tahun, yang ketika itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Saya terkejut apabila masuk ke dalam bilik tidur. Saya lihat kedua-dua mereka yang berada di atas katil tidak sedarkan diri, namun tiada kesan darah.

“Ketika itu, bayi masih bernyawa, namun keadaannya begitu lemah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), lapor Berita Harian Malaysia.

Katanya beliau bergegas memberitahu adik iparnya yang tinggal di hadapan rumah sebelum mereka membawa bayi itu ke Hospital Melaka, namun anak bongsunya itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll Mohd Supian Md Dali, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak hospital pada 9.58 pagi.

Menurutnya bomba dimaklumkan terdapat satu mangsa lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi dan bayinya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemeriksaan di kediaman sekiranya berlaku kebocoran gas. Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa mungkin maut akibat serangan jantung, jadi bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dibatalkan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg