Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beg berisi RM1j yang dilapor hilang berjaya ditemui

Nov 7, 2024 | 12:30 PM
Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail (gambar kecil) mengesahkan polis menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, dekat Ampang Jaya, Selangor, pada 6 November dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail (gambar kecil) mengesahkan polis menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta di Ampang Point, dekat Ampang Jaya, Selangor, pada 6 November dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Foto hiasan KOSMO!.

KUALA LUMPUR: Wang tunai sebanyak RM1 juta ($300,000) yang diisi di dalam beg, dilaporkan hilang selepas dibawa keluar sejurus proses kutipan oleh syarikat keselamatan dari sebuah bank di pusat beli belah Ampang Point, dekat Ampang Jaya, Selangor, pada 6 November.

Namun, beg berkenaan telah berjaya ditemui semula pada hari sama, oleh seorang pemandu kereta di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) arah ke Kuala Lumpur, tidak lama selepas kejadian.

Penemuan beg berisi RM1 juta itu disahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, pada 7 November.

Katanya beg berisi wang itu dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh.

“Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemui seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan. Beliau kemudian menyerahkan beg berkenaan kepada polis,” katanya, lapor Kosmo!.

Terdahulu, Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail, berkata wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

“Kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular maklumat di media sosial menceritakan kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai sudah tiada, dipercayai terjatuh.

Sementara itu dalam satu kes berasingan yang dilaporkan pada 18 Oktober lalu di Johor Bahru, seorang warga emas dari Singapura berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM1.9 juta lesap akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata lelaki berusia 64 tahun dan masih bekerja sebagai jurutera itu pada mulanya melihat iklan pelaburan tersebut di laman Facebook dan telah menekan pautan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya, mangsa kemudiannya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan serta diberikan penerangan mengenai cara-cara melabur, sebelum menyedari ditipu selepas melabur sejumlah RM1,948,000, pada Februari dan Mac 2024 lalu,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg