Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bekas menteri saman fitnah RM70j usahawan kontroversi Aliff Syukri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bekas menteri saman fitnah RM70j usahawan kontroversi Aliff Syukri

Apr 17, 2024 | 02:14 PM



Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan sesi perbicaraan tiga hari mulai 6 Januari 2026 bagi kes saman fitnah yang difailkan mantan menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, terhadap ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman, berhubung kenyataannya mengenai hutang pelaburan puluhan juta ringgit.


Dalam samannya pada 6 September 2023, Tan Sri Abdul Kadir, 84 tahun, mendakwa Datuk Aliff, yang turut terlibat dalam industri hiburan dengan jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial, mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya di Instagram dan Facebook miliknya pada 2 Julai 2023, lapor Harian Metro.


Mantan menteri itu mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud, antara lain, bahawa beliau berhutang kepada Datuk Aliff, 37 tahun, berjuta-juta ringgit dan gambar beliau yang diletakkan pada kenyataan tersebut mengundang komen negatif daripada pembaca.

Oleh itu, Tan Sri Abdul Kadir menuntut, antara lain, Datuk Aliff membayar RM70 juta ($19.92 juta) kerana libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai mahkamah, memberikan aku janji bertulis tidak akan lagi menyiarkan sebarang fitnah terhadapnya, dan memohon maaf tanpa syarat yang disiarkan di akaun media sosialnya dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah mahkamah.

Datuk Aliff menerusi pernyataan pembelaannya mendakwa beliau sudah membuat bayaran pelaburan sebanyak RM30 juta bagi mematuhi satu perjanjian usaha sama bertarikh 26 November 2018 melibatkan dirinya, Tan Sri Abdul Kadir dan dua buah syarikat.

“Pihak dalam perjanjian usaha sama itu gagal membuat pembayaran wang yang telah dilaburkan saya, dan segala pelanggaran janji sedemikian, termasuk aku janji yang diberikan plaintif kepada saya, adalah dalam pengetahuan plaintif sendiri,” ujar Datuk Aliff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >