Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berebut tempat minta sedekah, lelaki OKU dituduh bunuh pengemis / peminta sedekah

May 6, 2025 | 3:56 PM
Seorang peminta sedekah maut ditikam seorang lelaki kurang upaya angkara berebut kawasan untuk meminta sedekah di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, pada 24 April lalu.
Seorang peminta sedekah maut ditikam seorang lelaki kurang upaya angkara berebut kawasan untuk meminta sedekah di Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, pada 24 April lalu. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

SHAH ALAM (Selangor): Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam didakwa membunuh seorang peminta sedekah dalam satu prosiding tertutup di Hospital Shah Alam (HSA), di Shah Alam, Selangor, pada 6 Mei.

Tertuduh, Mohamad Fauzan Adib Abd Aziz, 28 tahun, hanya mengangguk faham selepas tuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Cik Mislia Mohd Aris.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya Mohd Iqbal Ibrahim, berkata prosiding itu dijalankan secara tertutup di wad pemerhatian HSA pada 10.20 pagi, disebabkan tertuduh masih menerima rawatan akibat penyakit sawan dialaminya.

“Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika disabitkan bersalah.

“Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Cik Alia Anisa Khairus Masnan, dan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Jun depan,” katanya dalam kenyataan pada 6 Mei, lapor Harian Metro.

Media Malaysia sebelum ini melaporkan, angkara berebut tempat meminta sedekah, seorang lelaki tergamak menikam peminta sedekah lain hingga maut di hadapan bank di Seksyen 18, Shah Alam, pada 24 April lalu.

Pertelingkahan antara dua peminta sedekah itu dipercayai berlaku sehari sebelum kejadian dan berlarutan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.

Encik Iqbal sebelum ini berkata siasatan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

“Hasil siasatan mendapati mangsa adalah seorang lelaki warga Malaysia berusia 40 tahun yang juga peminta sedekah di sekitar kawasan bank dekat Seksyen 18 itu.

“Suspek yang juga lelaki tempatan turut ingin meminta sedekah di kawasan itu sebelum berlaku pergaduhan sehingga membunuh,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg