Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Berjudi semasa Ramadan, 10 lelaki ditahan di P. Pinang

Apr 1, 2024 | 2:56 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Kemuliaan Ramadan seakan tidak memberi makna kepada 10 lelaki beragama Islam yang diserbu ketika asyik berjudi di Jalan Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang, pada 31 Mac.

Mereka ditahan ketika leka bermain judi daun terup di taman permainan berhampiran sebuah kawasan perumahan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Penolong Pesuruhjaya Razlam Ab Hamid, berkata mereka ditahan dalam serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada 4.45 pagi.

“Semua lelaki berusia antara 21 hingga 36 tahun itu ditahan kerana disyaki bermain judi daun terup di kawasan terbuka.

“Tangkapan membabitkan individu yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi pada 31 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.

Encik Razlam berkata wang tunai berjumlah RM2,736 ($780.7) dan beberapa peralatan disyaki digunakan dalam judi seperti meja, daun terup dan lampu suluh turut dirampas.

“Mereka direman tiga hari sehingga 2 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg