Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mayat 2 wanita sudah kembung ditemui dalam kereta di Pulau Pinang

Jul 11, 2024 | 2:15 PM
Pasukan Bomba dan Penyelamat lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua mayat yang ditemui di dalam kereta di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 10 Julai petang.
Pasukan Bomba dan Penyelamat lengkap berpakaian pelindung diri (PPE) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan dua mayat yang ditemui di dalam kereta di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada 10 Julai petang. - Foto SINAR HARIAN

BUKIT MERTAJAM (Pulau Pinang): Titisan air daripada sebuah kereta yang diletak di tepi jalan di sebuah perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, membawa kepada penemuan dua mayat.

Mayat dua wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an tahun itu ditemui orang awam kira-kira 5.30 petang pada 10 Julai, sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Pemeriksaan pasukan polis dan bomba mendapati mayat sudah kembung dan berbau busuk, berada di tempat duduk hadapan kereta jenis Honda WRV.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari, lapor Sinar Harian.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan meminta bantuan membuka pintu kereta terkunci pada 7.41 malam.

Sebaik tiba, pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.

Katanya terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan.

Salah seorang mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan, namun identiti kededuanya belum dapat disahkan buat masa ini.

Semasa pemeriksaan, turut ditemui nombor telefon ahli keluarga salah seorang mangsa yang diletakkan di atas papan pemuka kereta berkenaan.

Pihaknya kemudian menyerahkan kes itu kepada polis bagi tindakan lanjut dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg