Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bomba bantu urus kebumi jenazah lelaki 420kg di Kelantan

Dec 16, 2024 | 2:47 PM
Seramai 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bersama penduduk kampung membantu mengangkat jenazah Allahyarham Sheikh Mohd Ali Omar, 44 tahun, lelaki obesiti, untuk di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 Disember malam.
Seramai 20 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bersama penduduk kampung membantu mengangkat jenazah Allahyarham Sheikh Mohd Ali Omar, 44 tahun, lelaki obesiti, untuk di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan, pada 15 Disember malam. - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

KOTA BHARU (Kelantan): Jenazah lelaki seberat 420 kilogram (kg), Allahyarham Sheikh Mohd Ali Omar, 44 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Kota Bharu, Kelantan, dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan.

Jenazah selamat dikebumikan kira-kira 10.40 malam pada 15 Disember, yang turut dibantu 20 ahli bomba, keluarga dan penduduk setempat.

Jenazah Sheikh Mohd Ali sebelum itu dibawa menaiki lori lima tan milik bomba ke tanah perkuburan yang terletak satu kilometer dari rumahnya di Kampung Pasir Hor, Kota Bharu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kelantan, Encik Mohd Wildan Azhari, berkata kerja pengebumian berjalan lancar dengan kekuatan 20 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Tunjong serta Kota Bharu.

Beliau berkata pihak bomba turut menggunakan dua hos untuk menurunkan jenazah ke liang lahad.

“Kami selesai menguruskan pengebumian jenazah obesiti dengan selamat dan lancar. Ini adalah khidmat-khidmat khas yang boleh dilakukan pihak bomba mengikut kemampuan kami,” katanya selepas selesai upacara pengebumian, lapor Astro Awani.

Pihaknya turut menyediakan sebuah jentera jengkaut untuk persediaan, dibantu kekuatan anggota dan penduduk yang mencukupi untuk menyempurnakan pengebumian terbabit.

Sebelum ini, beliau berkata pihaknya menerima permohonan daripada pihak keluarga yang mengalami kesukaran untuk menguruskan jenazah berkenaan.

Allahyarham Sheikh Mohd Ali menghembuskan nafas terakhir kira-kira 12 tengah hari pada 15 Disember.

Allahyarham sebelumnya sempat diselamatkan oleh bomba selepas terlekat di tandas, namun tidak lama selepas itu lemah dan lelah sebelum meninggal dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg