Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca panas tahap 2 di Perlis sebabkan sawah kering kontang

Mar 20, 2024 | 3:05 PM
Kawasan sawah padi di Perlis kering kontang berikutan cuaca panas yang berpanjangan di Perlis.
Kawasan sawah padi di Perlis kering kontang berikutan cuaca panas yang berpanjangan di Perlis. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Cuaca panas dan kering yang agak kritikal di beberapa negeri di Malaysia menyebabkan kemusnahan hasil tanaman dan menjejas serius paras sungai.

Kawasan Pokok Sena di Kedah dan seluruh Perlis pada 19 Mac mencatat cuaca panas tahap dua atau gelombang haba, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut kenyataan itu juga, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu pula direkod di 26 kawasan di Semenanjung terutama di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan, selain Kota Belud di Sabah, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Di Kelantan, musim kemarau menggusarkan 2,630 pesawah yang terjejas akibat ketiadaan air.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Encik Muhammad Husin, berkata pesawah yang terjejas ialah di tiga kawasan Pejabat Kada Jajahan (PKJ) membabitkan Kota Bharu Utara, Kota Bharu Selatan dan Bachok yang terjejas teruk.

Selain itu, beliau berkata sebilangan kecil pesawah di kawasan PKJ Tumpat, Pasir Mas dan Pasir Puteh turut terjejas.

“Pesawah berkenaan terpaksa mendapatkan bekalan air daripada sumber telaga tiub di bendang, terutama bagi kawasan yang tidak mempunyai sumber air alternatif,” katanya.

Kawasan peranginan terutama di sekitar daerah Yan, Kedah, memberi kesan kepada paras air di beberapa pusat rekreasi tumpuan di kawasan kaki Gunung Jerai, Kedah, yang semakin kering.

Tinjauan BHM di air terjun Seri Perigi, Yan, mendapati pusat peranginan setinggi kira-kira 100 meter itu kering sepenuhnya, manakala di Titi Hayun, yang pernah mengorbankan enam mangsa akibat kejadian kepala air pada 18 Ogos 2021 hanya beberapa lopak air saja kelihatan dengan aliran yang sangat sedikit dan perlahan.

Cuaca panas juga menyebabkan kebergantungan tinggi pengguna terhadap alat pendingin, lalu mendorong seorang senator mencadangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik bagi Januari hingga Mac.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg