Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Dentuman bom’ jadi isyarat waktu iftar di Kuala Terengganu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Dentuman bom’ jadi isyarat waktu iftar di Kuala Terengganu

Apr 01, 2024 | 05:54 PM



Setiap kali Ramadan sejak puluhan tahun lalu, ‘dentuman bom’ di bandar raya Kuala Terengganu, Terengganu, menjadi isyarat kepada umat Islam masuknya waktu maghrib dan berbuka puasa serta imsak pada waktu sahur.

Bagi penduduk Kuala Terengganu, keunikan tradisi itu amat sinonim pada Ramadan dan bunyi bedilan daripada puncak Bukit Panorama, Kuala Terengganu, yang dipanggil sebagai bunyi ‘bom’ oleh sebahagian penduduk mampu didengari di segenap pelusuk bandar itu.

Berita Harian (BH) difahamkan pada awal pelaksanaan bunyi bedilan itu, ia menggunakan khidmat anggota polis untuk meletupkan meriam, namun dengan peralihan zaman ke era lebih moden, kini teknik terbaru menggunakan bunga api untuk menghasilkan bunyi seumpama meriam.


Pengarah Lembaga Muzium Terengganu, Encik Che Muhammad Azmi Ngah, berkata tradisi bedilan meriam ketika waktu berbuka puasa dan imsak menyusul selepas penggunaan genta atau loceng besar di atas Bukit Puteri, Kuala Terengganu, ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dari 1881 hingga 1918.

Selepas itu pihak berkuasa menggantikannya dengan bedilan bunga api yang dilancar melalui corong khas yang dibina di atas Bukit Pak Apil (kini dikenali sebagai Bukit Panorama).

“Berdasarkan sejarahnya, selepas Sultan Zainal Abidin III mengadakan lawatan ke Mesir pada 1914, beliau tertarik melihat penggunaan bedilan meriam sebagai simbolik untuk menyampaikan sesuatu perkara.

“Sebaik pulang ke Terengganu, beliau memasyhurkan bedilan meriam sebagai satu tradisi di negeri ini termasuklah sebagai satu cara memaklumkan masuknya waktu berbuka puasa dan imsak dan ia dikekalkan sehingga sekarang,” katanya kepada BH.


Seorang petugas, Encik Shafuan Shafie, 38 tahun, berkata sejak 18 tahun lalu, beliau akan berkampung di Kuala Terengganu pada setiap Ramadan untuk melunaskan tanggungjawab berkenaan.

Katanya, bunyi bedilan bunga api itu mampu didengari sehingga ke daerah Kuala Nerus, merangkumi radius sehingga 20 kilometer, termasuk di sempadan Kuala Terengganu dan Marang.

Mengimbau saat awal beliau diberikan tugas itu pada 2006, penyelia di syarikat Piroteknik Red Flame Special Effect itu tidak menafikan debarannya, terutama apabila memikirkan cabaran dan tanggungjawab yang menanti.

Menurutnya, ketika memulakan tugas itu, Bukit Panorama adalah kawasan puncak bukit yang terpencil dan hanya mempunyai satu rumah tanaman pokok bunga.

“Namun sejak beberapa tahun lalu kawasan itu sudah dibangunkan sebagai kawasan riadah dan rekreasi yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk kafe untuk berbuka puasa.

“Malah, dulu hendak naik ke kawasan bukit ini amat mencabar terutama jika hujan lebat di mana ia tidak boleh dilalui oleh kenderaan dan saya bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengiring perlu mendaki secara berjalan kaki ke puncak bukit.

“Dulu kita menggunakan meriam, namun sekarang sudah beralih kepada penggunaan bunga api yang menghasilkan bunyi yang lebih kuat daripada meriam, umpama bunyi mini bom,” katanya pada BH.


Kongsi Encik Shafuan, setiap prosedur membedil meriam dan bunga api akan dilakukan dengan pemantauan dan iringan anggota PDRM terutama daripada aspek keselamatan kerana ia membabitkan penggunaan bahan letupan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >