Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Moreh dan sahur konsep tradisional klasik di Terengganu tarik pengunjung

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Moreh dan sahur konsep tradisional klasik di Terengganu tarik pengunjung

Mar 26, 2024 | 11:57 AM



KUALA TERENGGANU: Moreh dan bersahur dalam suasana Melayu klasik dan tradisional sambil mengimbau nostalgia zaman dulu dengan ditemani angin pantai satu pengalaman yang unik dan menarik, terutama bagi generasi muda.


Moreh ialah jamuan di masjid atau surau pada bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus dan aktiviti ini amat sinonim dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Konsep moreh dan bersahur sebegitu menjadi penarik untuk orang ramai moreh dan bersahur di D’Ulek Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu, termasuk golongan veteran yang mahu mengimbau kenangan lama.

Bermula dengan konsep sahur secara santai atau Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk pada 2015, kini acara tersebut semakin mendapat sambutan dengan pertambahan kawasan yang menyediakan pelbagai juadah untuk dinikmati sepanjang Ramadan.

Pengurus Port Moreh D’ Ulek Pantai Pandak, Encik Mohd Khairul Anuar Ahmad, berkata suasana klasik yang ditampilkan oleh setiap peniaga di situ menarik sehingga 1,500 pengunjung setiap hari.


“Tahun lepas kita telah adakan moreh di Pantai Pandak, Chendering ini, jadi pada tahun ini kita masih meneruskan konsep yang sama di mana kita beroperasi bermula 10 malam hingga 3 pagi.

“Konsep yang kita ketengahkan ini juga memberi peluang kepada mereka untuk mengimbau era tahun 60-an dulu seperti adanya tulisan jawi bagi setiap nama gerai dan makan duduk bersila di atas tikar,” katanya lapor Sinar Harian.


Seorang pengunjung, Encik Aiman Zikri Zahari, 24 tahun, dari Kampung Masjid Raja, Chendering, berkata lokasi moreh itu menampilkan satu kelainan yang menarik pengunjung.

“Apabila mula-mula sampai di sini, saya nampak tempat ini sangat menarik terutama konsep yang diketengahkan itu begitu santai. Masuk saja ke kawasan ini terus rasa aura luar biasa.

“Pemilihan hiasan termasuk pagar yang didirikan di sepanjang kawasan berdekatan pantai ini amat unik. Rasanya keunikan yang ada di sini tiada di tempat lain,” ujarnya.

Sementara itu, menurut seorang peniaga, Cik Fathia Sarra Humaira Mohd Naziaidi, 23 tahun, sambutan luar biasa daripada pelanggan menyebabkan jualannya juga laris setiap hari.

“Sambutan pelanggan amat memberangsangkan, malah jualan yang bermula sejak hari ketiga Ramadan terus laris dan dicari-cari pelanggan sehingga hari ini.

“Biasanya pelanggan akan semakin bertambah ramai bermula 12 tengah malam kerana kebanyakan mereka mahu mendapatkan juadah untuk bersahur,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >