Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ribuan iftar berbumbungkan langit, rai kemeriahan Ramadan di M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ribuan iftar berbumbungkan langit, rai kemeriahan Ramadan di M’sia

Mar 25, 2024 | 04:25 PM



Sepanjang Ramadan, kawasan lapang, padang dan dataran selain tepian pantai di Malaysia ibarat pesta apabila dipenuhi umat Islam yang berkumpul beramai-ramai sama ada bersama keluarga mahupun rakan untuk berbuka puasa.

Lokasi itu menjadi pilihan menarik untuk seisi keluarga dan sahabat handai berkumpul berbuka puasa selain di rumah, masjid dan hotel seperti lazimnya.

Apatah lagi berbumbungkan langit membiru sambil menikmati panorama indah matahari terbenam dan duduk bersila di atas tikar secara santai berhidangkan aneka juadah berbuka, iftar di lokasi terbuka memang sesuatu yang menyeronokkan.

Ada yang membawa bekalan minuman dan makanan yang dimasak dari rumah, ada juga membeli makanan dan minuman daripada ratusan gerai di bazar berhampiran untuk dijadikan makanan iftar.

Dataran Putrajaya di Putrajaya antara kawasan lapang yang paling meriah setiap kali Ramadan sejak 12 tahun lalu, apatah lagi keperluan di sini lengkap dan memudahkan pengunjung termasuk berhampiran masjid dan lokasi beli belah.

Penjawat awam, Encik Ariffin Shamsudin, 47 tahun, berkata beliau memilih berbuka puasa di Dataran Putrajaya untuk memenuhi permintaan lima anaknya yang mahu merasai suasana berbuka di kawasan terbuka.

Beliau yang tinggal di Nilai, Negeri Sembilan, berkata selain berbuka puasa, beliau dan isteri memanfaatkan cuti hujung minggu untuk menyediakan persediaan keluarga menyambut Aidilfitri selepas selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Seronok dan senang berbuka puasa di sini. Selain kawasan sekitar yang bersih dan cantik, dataran ini juga dekat dengan masjid, jadi tidak susah untuk solat selepas selesai berbuka.

“Selepas selesai solat, boleh luang masa beli belah keperluan untuk Aidilfitri di Anjung Syawal yang terletak bersebelahan. Semuanya setempat dan operasi perniagaan yang ditutup pada 12 malam membuatkan pengalaman berbuka di Dataran Putrajaya amat selesa,” kongsinya kepada Berita Harian (BH).


Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat, Perbadanan Putrajaya, Cik Norzita Abdul Razak, berkata Laman Berbuka Puasa di Dataran Putrajaya adalah sebahagian enam komponen dalam Festival Ramadan Putrajaya untuk mengimarahkan bulan mulia itu.

Menurutnya, selain Laman Berbuka Puasa, turut disediakan ialah bazar Ramadan yang menempatkan lebih 700 peniaga serta Anjung Syawal iaitu antara bazar Aidilfitri yang terbesar di Lembah Klang dan menghimpunkan lebih 250 peniaga keperluan Hari Raya.

“Selain itu kita turut menyediakan kemudahan Kiblat Walk dan Laman Iftar yang lengkap dengan kerusi meja berkonsep kafe di perkarangan Kompleks Perbadanan Putrajaya dan Food Truck Ramadan.


“Suasana santai ini telah menjadi tarikan untuk pengunjung berbuka puasa bersama keluarga dan rakan dalam mood berkelah.


“Menariknya kita turut membawakan pengisian rohani sepanjang 30 hari Ramadan di pentas utama Festival Ramadan dengan menjemput personaliti dan agamawan untuk berkongsi ilmu dan mengadakan pelbagai aktiviti bermanfaat bersama orang ramai,” katanya kepada BH.

Sementara itu, pekerja swasta, Encik Shah Faizal Sharifuddin, 33 tahun, pula berkata lima anaknya teruja dan gembira dapat merasai pengalaman berbuka puasa di dataran sekolah anak sulungnya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Trolak, Perak.

“Terima kasih pihak sekolah yang anjurkan majlis berbuka puasa begini. Ini satu kelainan terutama dalam mendidik anak kecil untuk bersederhana dalam berbuka puasa berbanding iftar di hotel yang mewah dengan pelbagai menu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >