Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Doktor antara 16 ditahan SPRM terbabit rasuah libat daftar kelahiran

Mar 12, 2025 | 12:46 PM
Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) memeriksa dokumen dalam serbuan ke beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman menerusi, ‘Op Outlander’ dan ‘Op Birth’ sekitar Lembah Klang dan Johor, pada 11 Mac.
Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) memeriksa dokumen dalam serbuan ke beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman menerusi, ‘Op Outlander’ dan ‘Op Birth’ sekitar Lembah Klang dan Johor, pada 11 Mac. - Foto SPRM

Kuala Lumpur: Pengamal perubatan bergelar Datuk Seri merupakan antara 16 individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam makan suap membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata SPRM melancarkan ‘Op Outlander’ dan ‘Op Birth’ pada 11 Mac membabitkan serbuan ke beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor.

Menurutnya, bagi ‘Op Outlander’, suspek utama adalah penjawat awam yang disyaki melakukan perbuatan itu dengan membantu permohonan sebagai pendaftaran lewat kelahiran iaitu untuk yang melebihi tempoh 60 hari selepas kelahiran.

“Dipercayai kegiatan ini turut didalangi seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa klinik dan pusat bersalin yang berperanan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu.

“Bagi ‘Op Birth’ pula, tiga suspek utama disyaki sebagai ejen melakukan perbuatan itu dengan menawar dan memberikan rasuah kira-kira RM18,000 ($5,409) kepada seorang penjawat awam bagi membantu permohonan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan seperti surat pengesahan kelahiran hospital yang didapati palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Mac, lapor Harian Metro.

Datuk Ahmad Khusairi berkata enam orang awam disyaki menggunakan khidmat ejen berkenaan turut ditahan kerana menjadi pemohon yang mengemukakan permohonan daftar kelahiran.

“Turut ditahan seorang pengamal undang-undang disyaki sebagai orang tengah di antara ejen dengan pemohon.

Seramai 16 suspek berusia antara 20 dengan 70-an tahun ditahan antara 11 pagi dengan 8 malam semalam (11 Mac).

“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat SPRM dan SPRM Selangor bagi membantu siasatan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, bagi permohonan reman pagi ini (12 Mac),” katanya.

Beliau berkata bagi dua suspek termasuk bergelar Datuk Seri yang mempunyai masalah kesihatan dilepaskan dengan jaminan SPRM apabila selesai dirakam percakapan.

“Serbuan yang dilakukan semalam (11 Mac) berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira setahun serta kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dalam memastikan usaha memerangi rasuah khususnya yang membabitkan perkhidmatan awam demi memastikan aspek keselamatan negara terjamin,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg