Dron Jabatan Pengangkutan Jalan sudah rakam 2,384 kesalahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dron Jabatan Pengangkutan Jalan sudah rakam 2,384 kesalahan

Empat kesalahan utama libat potong di garisan berkembar, tidak patuhi lampu isyarat, potong barisan atau kenderaan dari sebelah kiri, guna lorong kecemasan
Mar 20, 2026 | 1:37 PM

Dron Jabatan Pengangkutan Jalan sudah rakam 2,384 kesalahan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, kesalahan trafik, JPJ, kesalahan lalu lintas, dron
Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan. - Foto Fail

KOTA BHARU (Kelantan): Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan 2,384 rakaman kesalahan lalu lintas menerusi penggunaan dron sepanjang tiga hari pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 yang bermula 16 Mac, membabitkan empat kesalahan utama.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata empat kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai punca kemalangan jalan raya, iaitu memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan atau memotong kenderaan dari sebelah kiri, serta menggunakan lorong kecemasan.

Katanya, kesalahan paling tinggi yang direkodkan ialah memotong di garisan berkembar iaitu sebanyak 715 kes, diikuti tidak mematuhi lampu isyarat (627 kes), memotong barisan atau memotong kenderaan dari sebelah kiri (539 kes) dan menggunakan lorong kecemasan (503 kes).

“Sementara itu, kesalahan paling banyak dikesan ialah di kawasan Lembah Klang, Kelantan dan Selangor.

“Pihak JPJ akan menghantar notis temu siasat kepada semua pesalah yang dirakam melakukan kesalahan berkenaan dan bagi mereka yang mengaku bersalah serta membuat bayaran dalam tempoh 15 hari akan menikmati pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus, iaitu RM150.

“Namun, jika bayaran dibuat selepas tempoh itu, jumlah kompaun boleh meningkat sehingga RM300 ($97),” katanya lapor Harian Metro.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas Ops Khas Motosikal Sempena HRA 2026 di Akademi JPJ Wilayah Timur, pada 19 Mac.

Mengulas lanjut, Datuk Muhammad Kifli, berkata penggunaan dron berkeupayaan tinggi adalah bagi menyokong operasi penguatkuasaan, khususnya di lokasi hotspot yang dikenal pasti.

“Penggunaan dron ini dilengkapi dengan spesifikasi teknikal berkeupayaan tinggi termasuk keupayaan zoom sehingga 200 kali, sekali gus membolehkan pengesanan nombor pendaftaran kenderaan dilakukan dengan jelas walaupun dari jarak jauh dan setiap kesalahan yang dirakam akan dijadikan bahan bukti bagi tujuan tindakan penguatkuasaan.

“Pendekatan ini membolehkan pemantauan trafik dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tepat dan berkesan termasuk mengesan kesalahan yang sukar dikesan melalui pemantauan konvensional di darat,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg