Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Mahathir kongsi gambar di hospital, nafi dakwaan beliau kritikal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahathir kongsi gambar di hospital, nafi dakwaan beliau kritikal

Feb 20, 2024 | 02:43 PM



Perkongsian terkini mengenai perkembangan kesihatan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di laman sosial rasminya menafikan dakwaan bahawa beliau dalam keadaan kritikal seperti yang tular di laman sosial.

Dalam hantaran pada 20 Februari itu, turut dikongsikan gambar tokoh negarawan berusia 98 tahun itu sedang duduk membaca surat khabar di wad di Institut Jantung Negara (IJN), selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak 26 Januari lalu.

“Tun Mahathir sedang menjalani rawatan di IJN sejak 26 Januari 2024. Beliau masih dalam proses pemulihan di IJN untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya,” kongsi pentadbir Facebook Dr Mahathir Mohamad.

Pada 13 Februari lalu, jurucakap Tun Mahathir dilaporkan berkata mantan Ahli Parlimen (AP) Langkawi itu sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum.

Terdahulu tular hantaran palsu di laman sosial mendakwa Tun Mahathir dalam keadaan tenat, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Malah, hantaran itu turut dianggap melampau kerana turut disertakan dengan gambar Tun Mahathir dengan alat bantuan pernafasan, menggambarkan beliau dalam keadaan kritikal.

Keadaan kesihatan Tun Mahathir itu didedahkan ketika prosiding kes saman fitnahnya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 13 Februari lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Encik Gan Techiong membenarkan penangguhan itu selepas dipohon oleh peguam Tun Mahathir, Encik Mior Nor Haidir Suhaimi, yang menyatakan anak guamnya sedang dirawat di IJN.

Pihak IJN turut menghantar satu surat kepada mahkamah menyatakan Tun Mahathir tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari berkenaan atas sebab kesihatan.

Pendengaran kes saman Tun Mahathir terhadap Datuk Ahmad Zahid itu berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu ‘kutty’ yang ditetapkan pada 13 Februari dan ditangguh kepada 19 Julai depan.

Sebelum ini, Tun Mahathir berkata Datuk Ahmad Zahid mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Plaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai ‘orang itu’, ‘dia’ dan ‘Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty’ jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Datuk Ahmad Zahid didakwa berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.


Susulan itu, kedudukan Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >