Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua dalang kes pecah rumah ditembak mati di KL

Jul 25, 2025 | 1:25 PM
jenayah, Malaysia, kes pecah rumah, ditembak mati
Lokasi kejadian dua warga asing disyaki geng samun dan pecah rumah maut ditembak polis di Jalan Semerah Padi, Cheras, Kuala Lumpur, pada awal pagi 25 Julai. - Foto POLIS DIRAJA MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Dua dalang geng samun dan pecah rumah yang disyaki sedang mencari sasaran baru dengan bersenjatakan pistol, tumpas selepas mati ditembak dalam Ops Aman 6, di Jalan Semerah Padi, Cheras, Kuala Lumpur, pada awal pagi 25 Julai.

Kedua-dua warga asing itu berjaya dipintas polis sebelum berlaku halangan serta aksi tembak-menembak menyebabkan dua suspek maut di lokasi kejadian kira-kira 3.45 pagi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, berkata ketika kejadian, suspek sedang menaiki kereta Honda Civic berwarna putih yang dicuri pada 2023 di Subang Jaya, Selangor, dan dipercayai sedang mencari sasaran di kawasan itu.

“Dua lelaki berkenaan dipercayai perancang utama kumpulan berkenaan melibatkan 50 kes dan kerugian lebih RM3 juta ($900,000).

“Mereka dipercayai aktif terutama di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak,” katanya, lapor Kosmo!.

Datuk Fadil berkata kumpulan itu dipercayai mempunyai kira-kira 15 anggota dan aktif melakukan kegiatan jenayah samun, pecah rumah dan aktiviti berkaitan dadah sejak 2022.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan pelbagai peralatan pecah rumah, sejumlah dadah, dan dua senjata api revolver serta senjata api semi automatik.

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu adalah melakukan samun rumah banglo unit end lot atau corner lot dengan menggunakan senjata api dan parang.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat sejumlah dadah di dalam kenderaan serta peralatan pecah rumah, lengkap dengan grinder (mesin pemotong dan pengisar).

“Turut ditemukan balaclava (topeng) serta sarung tangan,” ujarnya.

Datuk Fadil berkata siasatan awal mendedahkan bahawa mereka adalah warga asing sah yang sudah lama menetap di Malaysia.

Justeru, katanya, polis sedang memburu baki anggota kumpulan terbabit dan dijangka melakukan beberapa tangkapan dalam masa terdekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg