Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dulu ketuk kepala pelanggan pasar raya, sekarang tendang kereta pula

Nov 7, 2024 | 2:56 PM
Abdullah Zubair Abdullah
Abdullah Zubair Abdullah - Foto NSTP

BATU PAHAT (Johor): Hanya beberapa hari dibebaskan daripada penjara atas kesalahan memukul kepala dua pelanggan pasar raya, seorang pemotong rumput sekali lagi disumbat ke penjara selepas mengaku bersalah menendang kereta milik wanita pada 3 November.

Tertuduh, Abdullah Zubair Abdullah, 38 tahun, pernah dihadapkan ke mahkamah sama Julai lalu, mengaku bersalah sebelum Majistret Suhaila Shafi’uddin menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadapnya.

Mengikut tuduhan, dia dituduh menendang pintu kereta milik wanita berusia 59 tahun di pekan Parit Raja, 5.55 petang, 3 November lalu, lapor Berita Harian Malaysia.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pengadu yang juga pemandu kereta terbabit ke Parit Raja sebelum terserempak tertuduh.

Tertuduh segera bertindak menendang pintu hadapan kiri kereta dipandu hingga kemek. Selepas itu, pengadu beredar dan membuat laporan di Balai Polis Parit Raja hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh diwakili Encik Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Pada 11 Julai lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah memukul kepala dua pelanggan di sebuah pasar raya juga di Parit Raja.

Dia ketika itu didakwa mencederakan dua wanita yang juga pelanggan pasar raya masing-masing berusia 22 dan 47 tahun dengan mengetuk kepala tanpa sebab munasabah.

Pada masa sama, tertuduh pernah dipenjara sebelum itu atas kesalahan berkait tiga rekod lampau dengan dua daripadanya positif dadah manakala satu lagi memiliki bahan terlarang itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg