Empangan, tadahan air M’sia merosot kerana cuaca panas ekstrem
Empangan, tadahan air M’sia merosot kerana cuaca panas ekstrem
Penduduk Perlis digesa tidak bazir air; pembenihan awan diharap dilaksana segera di Kedah
Mar 27, 2026 | 3:04 PM
Empangan, tadahan air M’sia merosot kerana cuaca panas ekstrem
Empangan Pedu di Kedah yang semakin surut akibat cuaca panas melampau membolehkan waris menziarahi kubur lama nenek moyang mereka yang ‘timbul’ apabila air empangan itu menyusut. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Beberapa empangan dan kawasan tadahan air, terutama di beberapa negeri di bahagian utara Semenanjung Malaysia, sedang mengalami penurunan paras air akibat cuaca panas ekstrem dan kering yang sedang melanda negara itu.
Di Kedah, paras air di tiga empangan berada pada tahap membimbangkan, sekali gus mendorong Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) menggesa pelaksanaan operasi pembenihan awan (OPA) segera.
Laporan berkaitan
M’sia tiada risiko alami ‘bankrap’ air Mar 25, 2026 | 3:39 PM
MetMalaysia: Cuaca panas 15 kawasan di Semenanjung pada tahap satu dan duaMar 23, 2026 | 2:42 PM
Johor laksana pembenihan awan tangani kemarauFeb 13, 2026 | 12:43 PM

