Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ganjaran RM10,000 buru pembunuh kucing di Universiti Malaya, lagi kucing ditemui mati cacat

Jan 3, 2025 | 4:30 PM
Beberapa kucing ditemukan mati dalam keadaan kejam dengan empat kaki dipotong dengan senjata tajam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, yang membawa kepada siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.
Beberapa kucing ditemukan mati dalam keadaan kejam dengan empat kaki dipotong dengan senjata tajam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, yang membawa kepada siasatan lanjut oleh pihak berkuasa. - Foto FREE MALAYSIA TODAY

KUALA LUMPUR: Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor menawarkan ganjaran RM10,000 ($3,047) kepada pemberi maklumat sah yang membawa kepada pengecaman dan pendakwaan individu bertanggungjawab atas kematian tragik beberapa kucing jalanan di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi SPCA Selangor, Cik Christine Chin, berkata perbuatan kejam itu bukan saja mengerikan dan menyayat hati, tetapi juga perbuatan jenayah berat mengikut Akta Kebajikan Haiwan Malaysia 2015.

“Kekejaman ini bukan saja menyayat hati, tetapi merupakan tindakan jenayah serius di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 Malaysia.

“Kami mendesak sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh dipercayai untuk tampil. Bersama-sama, kita boleh memastikan keadilan buat haiwan-haiwan yang tidak bersalah ini serta mencegah tragedi lain pada masa hadapan,” katanya, lapor portal berita Free Malaysia Today.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas SPCA mengumumkan tawaran ganjaran itu, seekor lagi kucing ditemukan mati dalam keadaan ‘dicacatkan dengan teruk’ di kampus UM.

Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) berkata bangkai itu ditemui pada 2 Januari di perkarangan Fakulti Perubatan dan laporan polis dibuat terhadap penemuan itu.

Sejak pertengahan Disember 2024, beberapa kucing ditemui mati dalam keadaan menyayat hati dipercayai diperlakukan kejam dengan empat kaki dipotong dan perut terburai.

Dua kucing yang mati dizalimi pelaku kejam itu ditemukan di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM pada 12 dan 16 Disember, dan membawa kepada tindakan KMUM melaporkan kejadian kepada polis, pada 17 Disember.

Sekurang-kurangnya lima lagi kes kematian kucing sedemikian dilaporkan berlaku di UM dalam tempoh berkenaan.

Siasatan polis kemudian melaporkan kematian kucing berkenaan adalah akibat serangan anjing liar.

Namun laporan itu ditolak beberapa aktivis haiwan, doktor veterinar dan badan bukan kerajaan (NGO) penyelamat dan pencinta haiwan yang mendesak siasatan lebih terperinci, berikutan hasil laporan perubatan mengesahkan kucing berkenaan mati dengan kesan kaki dipotong dengan senjata tajam.

Cik Chin berkata insiden berkenaan menekankan keperluan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah.

“Sama ada kecederaan angkara perbuatan manusia atau pertembungan haiwan jalanan, penting bagi menentukan fakta dan melaksanakan langkah pencegahan bahaya selanjutnya,” katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Isa, sebelum ini berkata tujuh individu telah diambil keterangan berkait kematian kucing dilaporkan, termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis hak asasi haiwan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg