Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gara-gara RM3, lelaki terpaksa beraya di penjara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Gara-gara RM3, lelaki terpaksa beraya di penjara

Apr 08, 2024 | 12:59 PM



BATU PAHAT: Kerana RM3 ($0.85), seorang lelaki terpaksa berhari raya di dalam penjara selepas gagal membayar ikat jamin RM6,000 yang dikenakan Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Johor.

Muhammad Asyraf Omar, 26 tahun, didakwa di mahkamah berkenaan pada 7 April, atas tuduhan memeras ugut penuntut wanita sebuah universiti awam di Parit Raja, Batu Pahat, pada Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana memeras wang daripada penuntut berusia 23 tahun berkenaan pada 12.30 tengah hari, 26 Mac lalu.

Berita Harian Malaysia melaporkan, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh, terhadap tuduhan berkenaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.


Mengikut laporan dibuat mangsa, kejadian berlaku ketika penuntut terbabit menunggu bas untuk pulang ke Masai, Johor, berikutan cuti akhir semester, apabila beliau didatangi tertuduh yang tidak bekerja itu yang kemudian meminta wang.

Pelajar berkenaan enggan melayan permintaan penganggur terbabit yang kemudian menarik baju mangsa, menyebabkan wanita itu ketakutan lalu menyerahkan wang RM3.

Mangsa selepas itu terpaksa berjalan sejauh lima kilometer untuk membuat laporan di Balai Polis Parit Raja.

Mahkamah menetapkan 5 Mei ini untuk sebutan semula kes, penyerahan dokumen dan juga pelantikan peguam bagi tertuduh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >