Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hujan lebat sebabkan air naik di beberapa kawasan di Kelantan

Nov 22, 2024 | 5:20 PM
Keadaan semasa di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jerus, Melor, Kelantan.
Keadaan semasa di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jerus, Melor, Kelantan. - Foto BERNAMA

PASIR PUTEH (Kelantan): Banjir mula menaiki jalan raya di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jerus, Melor, Kelantan yang digenangi air pada 22 November ekoran hujan lebat berterusan sejak 21 November.

Menurut Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran dan berjaga-jaga susulan hujan berterusan.

Sementara itu, sebanyak 56 keluarga di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan, keresahan apabila kawasan kediaman mereka mula dinaiki air sejak awal pagi 22 November, lapor Berita Harian Malaysia.

Penduduk, Encik Mohd Hirwan Faizal Che Rajiuon, 42 tahun, berkata cuaca mendung dan hujan sejak petang 21 November telah menyebabkan air Sungai Golok semakin naik hingga melimpah ke kawasan perkampungan itu.

Katanya, keadaan itu menyebabkan semua penduduk kini bersiap siaga berdepan banjir dengan masing-masing sibuk menyimpan barangan dan dokumen penting ke tempat tinggi kerana bimbang air naik dengan mendadak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg