Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hutang Mara: Che Ta sudah bayar setengah juta, baki dilunas dalam 3 bulan

Dec 30, 2024 | 1:06 PM
Pelakon Malaysia Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilaporkan sudah membayar separuh daripada keseluruhan hampir RM1 juta tunggakan hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 27 Disember lalu.
Pelakon Malaysia Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta dilaporkan sudah membayar separuh daripada keseluruhan hampir RM1 juta tunggakan hutang Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 27 Disember lalu. - Foto BULETIN TV3

KUALA LUMPUR: Selepas mengunci mulut daripada kontroversi hutang pinjaman tertunggak dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) bernilai hampir RM1 juta ($302,788) sejak 10 Disember lalu, selebriti sensasi Malaysia, Rozita Che Wan atau Che Ta, dilaporkan sudah membayar separuh tunggakan hutang bernilai RM550,000 kepada agensi itu.

Perkara itu disahkan pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi hantaran di Facebook pada 29 Disember.

Beliau berkata tindakan penghakiman terhadap Che Ta, 51 tahun, telah ditangguhkan selepas sebahagian bayaran diterima sejak 27 Disember lalu.

“Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah Mara berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550,000 sehingga Jumaat lalu,” katanya, lapor portal berita Buletin TV3.

Bagaimanapun, jelas beliau, Che Ta perlu melunaskan baki tunggakan hutang sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan.

“Baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan sebelum penghujung Mac (2025),” kata Datuk Asyraf.

Pada 29 Disember, pelakon dan usahawan berasal dari Kedah itu berkongsi tangkap layar perbualannya bersama anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, 10 tahun, menerusi aplikasi WhatsApp, di Instagram story.

Perbualan itu memaparkan perbualan Aaisyah bertanya mengenai hutang Che Ta dengan Mara yang sudah dilunaskan dan pelakon itu mengesahkannya sebelum disambut dengan rasa syukur oleh Aaisyah.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, diserbu Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan selebriti itu gagal melunaskan tunggakan hutang pinjaman bernilai hampir RM1 juta sejak 2017.

Sepanjang kontroversi, Che Ta dilapor masih belum tampil bertemu pihak Mara untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn Bhd.

Susulan itu, bahagian undang-undang Mara dilapor dalam proses pemfailan kemuflisan terhadap Che Ta dan anak sulungnya Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman.

Pada 24 Disember lalu sepatutnya berlangsung acara lelongan awam membabitkan 34 barangan milik Rozita namun ditangguh atas permohonan pelakon drama Kiah Pekasam itu.

Che Ta selaku defendan dilapor ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, untuk memohon penangguhan lelongan awam.

Antara barangan Che Ta yang disenaraikan dalam lelongan awam itu adalah sebuah kereta SUV jenama Haval, peti sejuk, pendingin hawa, sofa, kerusi urut, televisyen, meja makan dan banyak lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg