Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ibu tunggal, kekasih ditahan di Melaka disyaki dera bayi 15 bulan hingga mati

Jul 7, 2025 | 10:07 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

ALOR GAJAH (Melaka): Bayi perempuan berusia lebih setahun dipercayai didera hingga mati oleh ibu kandung dan teman lelakinya di sebuah premis kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, di sini, pada malam 6 Julai.

Difahamkan kejadian terbongkar selepas pihak Hospital Tampin menerima bayi berusia 15 bulan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dihantar ibu kandungnya berusia 24 tahun kira-kira 11 malam.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan lebam pada perut, belakang badan dan pada lubang dubur bayi malang itu sebelum membuat laporan polis.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita itu membawa anak tunggalnya itu dari Kampung Anak Air Durian Daun Pondoi, Tampin, ke tempat kerja teman lelakinya berusia 20 tahun di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini kira-kira 6.30 petang semalam.

“Wanita itu kemudian keluar untuk membeli makanan dan meninggalkan bayi dengan kekasihnya yang juga pemain muzik,” katanya, lapor Harian Metro.

Sumber berkata wanita itu memberitahu dia menidurkan anak tunggalnya hasil perkahwinan terdahulu pada 10 malam sementara teman lelakinya menguruskan kedai.

Katanya, suspek yang bercerai pada 2024 mendakwa anaknya itu tidak sedarkan diri ketika cuba dikejutkan pada 10.30 malam untuk pulang ke rumah mereka di Tampin.

“Pasangan itu kemudian membawa bayi itu ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan pada 11 malam sebelum doktor yang memeriksa mendapati mangsa mengalami kecederaan dan meninggal dunia,” katanya memaklumkan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Penolong Pesuruhjaya Leow Kian Heong, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, pasangan kekasih direman di Mahkamah Majistret Alor Gajah pagi 7 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg