Topic followed successfully
Go to BHkuEnggan ikut tarikh rasmi mula puasa: Pengetua madrasah di Johor, 2 anak didenda
Enggan ikut tarikh rasmi mula puasa: Pengetua madrasah di Johor, 2 anak didenda
May 7, 2026 | 5:46 PM
Enggan ikut tarikh rasmi mula puasa: Pengetua madrasah di Johor, 2 anak didenda
Seorang daripada tiga tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Syariah Muar, Johor, kerana didakwa ingkar arahan pihak berkuasa mengenai pengisytiharan 1 Ramadan. - Foto NSTP
MUAR: Seorang pengetua sebuah madrasah di Johor dikenakan denda RM5,000 ($1,611), manakala dua anak lelakinya dikenakan hukuman denda masing-masing RM2,500 seorang, oleh Mahkamah Syariah Muar, Johor, pada 7 Mei, atas pertuduhan mengingkari arahan pihak berkuasa berkaitan tarikh permulaan puasa 1 Ramadan.
Ambiah Bunanjin, 68 tahun; anaknya, Abdul Qodir Jailani, 29 tahun, serta Muhammad Idris, 25 tahun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Fadzil Esa.
Laporan berkaitan
Mengapa 1 Syawal di S’pura boleh berbeza dengan negara serantau Mar 18, 2026 | 5:17 PM
Perbezaan hisab cetus debat hukum tentukan Ramadan dan waktu subuhMar 2, 2026 | 5:30 AM
Umat Islam S’pura mula puasa 2 MacFeb 28, 2025 | 11:39 AM
Kedudukan matahari, bentuk bulan bantu tingkat kesedaran RamadanFeb 26, 2025 | 3:11 PM

