Isu ‘mafia korporat’: NGO gesa tubuh suruhanjaya siasatan diraja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isu ‘mafia korporat’: NGO gesa tubuh suruhanjaya siasatan diraja

SPRM yang dituduh terlibat dalam aktiviti ‘mafia’ dikatakan tidak boleh siasat diri sendiri
Mar 13, 2026 | 1:38 PM

Isu ‘mafia korporat’: NGO gesa tubuh suruhanjaya siasatan diraja

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Encik Pushpan Murugiah berkata arahan Kabinet supaya SPRM menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ sebagai ‘tindak balas yang lemah dan amat mengecewakan’.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Encik Pushpan Murugiah berkata arahan Kabinet supaya SPRM menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ sebagai ‘tindak balas yang lemah dan amat mengecewakan’. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) adalah langkah paling wajar jika kerajaan benar-benar serius menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ yang membabitkan pegawai tertentu dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini adalah kritikan terhadap pengumuman pentadbiran Madani pada 11 Mac bahawa agensi penguat kuasa, termasuk SPRM, akan menyiasat dakwaan yang mula didedahkan dalam laporan khas media antarabangsa, Bloomberg.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menegaskan, agensi yang dituduh terlibat dalam aktiviti ‘mafia’ itu, iaitu SPRM, tidak boleh menyiasat dirinya sendiri.

Dakwaan ‘mafia korporat’ oleh Bloomberg itu menyebut bahawa pegawai SPRM tertentu bersekongkol dengan tokoh korporat untuk memeras ugut pesaing perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif C4, Encik Pushpan Murugiah, menyifatkan arahan Kabinet supaya SPRM menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ sebagai ‘tindak balas yang lemah dan amat mengecewakan’.

Beliau menambah, ia ‘tidak mencapai tahap kebebasan dan ketelitian yang sepatutnya dijangka oleh orang awam’, malah keputusan melibatkan SPRM dalam siasatan itu menimbulkan keraguan serius tentang konflik kepentingan institusi.

“Hakikat bahawa SPRM adalah antara agensi yang ditugaskan menyiasat isu ini, walaupun dakwaan itu menyentuh suruhanjaya itu sendiri, berisiko mencetuskan persepsi bahawa institusi tersebut berkesan menyiasat urusannya sendiri.

“Tidak kira apa pun keputusannya, kaedah sedemikian tidak mungkin menaikkan keyakinan awam dan hanya akan memburukkan lagi rasa tidak percaya sedia ada terhadap integriti proses siasatan,” katanya, lapor portal berita Malaysiakini.

Encik Pushpan turut menjelaskan bahawa arahan ini dibuat susulan keputusan Kabinet untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan mengenai pegangan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam syarikat awam tersenarai.

Isu-isu ini, katanya, mencemarkan kredibiliti kerangka antirasuah negara secara keseluruhan.

“Justeru, C4 mengulangi desakan masyarakat sivil yang kian lantang, agar kerajaan menubuhkan RCI bagi meneliti semua dakwaan berkaitan Tan Sri Azam Baki dan SPRM sendiri.

“RCI akan menyediakan mekanisme siasatan yang bebas secara struktur daripada agensi yang terlibat, dilengkapi kuasa siasatan yang lebih luas, dan mampu menjalankan prosiding dengan cara yang telus untuk penelitian awam yang bermakna,” tegasnya.

Gesaan menubuhkan RCI untuk menyiasat dakwaan terhadap SPRM dan ketuanya telah lama dibangkitkan pelbagai pihak, termasuk pemimpin kerajaan dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pembangkang.

Namun, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini hanya menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, untuk menjalankan siasatan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg