Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor, Pantai Timur diramal terima hujan berterusan bermula 19 Nov

Nov 15, 2024 | 5:07 PM
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Johor dan negeri di Pantai Timur akan dilanda hujan berterusan bermula 19 November.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Johor dan negeri di Pantai Timur akan dilanda hujan berterusan bermula 19 November. - Foto BERNAMA

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan dan tahap berjaga-jaga untuk negeri di kawasan Pantai Timur dan Johor, bermula dari 19 hingga 23 November.

METMalaysia memaklumkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru antara yang diramal menerima hujan berterusan dalam tempoh itu.

Selain itu, negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu turut diramal menerima hujan berterusan dalam tempoh yang sama.

Di Kelantan, hujan berterusan dijangka melanda daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, manakala daerah Kuantan, Pekan dan Rompin antara daerah di Pahang yang diramal terjejas dengan hujan berterusan.

“Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan,” kata METMalaysia dalam satu kenyataan pada 15 November.

Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora turut dijangka berlaku di Laut China Selatan.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web, www.met.gov.my, dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” kata METMalaysia.

Sementara itu Berita Harian Malaysia melaporkan, sebanyak lapan lokasi berisiko banjir dikenal pasti di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Terengganu, yang bermula dari Plaza Tol Jabor hingga Kuala Terengganu (tol Gemuruh) ketika musim Monsun Timur Laut (MTL).

Dalam pada itu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat, pada petang 15 November.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan ringkas di Facebook memaklumkan, kawasan yang terbabit adalah di Jalan Pudu dan Jalan Sultan (Petaling Street).

“Hujan lebat di sekitar ibu kota dan petugas DBKL sedang memantau situasi semasa.

“Paras air di sungai-sungai utama sehingga 2.45 petang (15 November) masih berada pada paras normal dan terkawal. Pengguna jalan raya juga dinasihatkan berhati-hati dan sentiasa berwaspada,” katanya. – HANNEEYZAH BAHARIN

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg