JOHOR BAHRU: Seramai 3,526 penerima telah mendapat manfaat di bawah Perumahan Kasih Johor (PKJ) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan keseluruhan RM14.9 juta ($4.8 juta).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata daripada jumlah itu seramai 2,506 penerima menerima manfaat dalam Fasa 2 membabitkan penyaluran hampir RM10.53 juta.