Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 25,000 mangsa terjejas bah besar di Kelantan, Terengganu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lebih 25,000 mangsa terjejas bah besar di Kelantan, Terengganu

Dec 26, 2023 | 03:21 PM



Situasi banjir yang menjejas empat negeri di Malaysia semakin buruk apabila jumlah mangsa melonjak sehingga 25,530 orang membabitkan 7,424 keluarga.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat 1 tengah hari 26 Disember, Kelantan merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 14,707 daripada 4,479 keluarga yang terjejas.

Semua mangsa terbabit berlindung di 91 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Gua Musang, Jeli, Pasir Puteh dan Kota Bharu.

Gelombang ketiga banjir di Terengganu pula menyebabkan 10,279 mangsa daripada 2,808 keluarga terpaksa berpindah ke 134 PPS di tujuh daerah iaitu Kuala Nerus, Setiu, Besut, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kemaman.

Dalam pada itu, banjir di Pahang semakin pulih dengan jumlah mangsa terkini yang masih berlindung di 13 PPS ialah seramai 540 orang daripada 136 keluarga, manakala di Selangor, hanya empat mangsa masih ditempatkan di satu PPS.

Susulan banjir buruk dan hujan lebat di Kelantan dan Terengganu sejak 25 Disember itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) terpaksa mengambil tindakan menutup bekalan di beberapa pencawang elektrik bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

TNB dalam satu kenyataan pada 26 Disember menyebut, pihaknya terpaksa melakukan penutupan bekalan elektrik di sejumlah 40 kawasan di Kelantan dan 17 kawasan di Terengganu, sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan selepas situasi banjir semakin baik.

Di Kelantan, TNB memaklumkan 40 kawasan yang terlibat adalah di daerah Pasir Mas, manakala di Terengganu daerah yang terjejas ialah di daerah Marang, Kuala Berang di Hulu Terengganu dan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.

“TNB menasihatkan supaya semua pihak yang terjejas agar sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir.

“Jauhi pemasangan elektrik yang terendam air banjir kerana dikhuatiri berlakunya kebocoran arus yang boleh merisikokan keselamatan.

“Jangan hidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air atau kekotoran akibat banjir,” kata kenyataan itu di Facebook rasmi TNB.

Laman web Jabatan Pengairan dan Saliran Air Malaysia (JPS) pula menunjukkan setakat 1 tengah hari 26 Disember, lima sungai di Kelantan termasuk Sungai Golok, selain di Kota Bharu, Tanah Merah dan Kuala Krai melepasi paras bahaya (merah).

Di Terengganu, tujuh sungai mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu di Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu, sementara di Pahang, enam sungai melebihi paras bahaya di Jerantut, Maran dan Rompin.

Sementara itu Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan, menurut jurucakap JPS Kelantan, Sungai Golok berada pada paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dengan bacaan 11.03 meter (m) pada 25 Disember.


Paras itu adalah paling tinggi berbanding 10.84m yang pernah dicatatkan pada 2014, yang menyebabkan bah besar di Kelantan ketika itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Malaysia pula berkata Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, beroperasi seperti biasa, walaupun laluan untuk ke Rantau Panjang dilanda banjir.

“Operasi di ICQS tidak ditutup sebagaimana ditularkan. Ia hanya salah faham kerana pada 25 Disember malam, pihak polis meminta laluan kenderaan ditutup sementara atas faktor keselamatan. Setakat ini ICQS beroperasi seperti biasa,” katanya kepada Berita Harian (BH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >