Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Johor tawar ekosistem lengkap untuk pelaburan AI

Jun 19, 2025 | 11:21 AM
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han ketika melawat reruai pada Forum Nikkei Medini Johor di Iskandar Puteri pada 18 Jun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han ketika melawat reruai pada Forum Nikkei Medini Johor di Iskandar Puteri pada 18 Jun. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

ISKANDAR PUTERI: Johor menyediakan ekosistem bersepadu yang lengkap dengan infrastruktur teknologi berprestasi tinggi, penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan dasar yang jelas, menjadikannya destinasi ideal untuk pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI), pusat data hijau, teknologi kewangan dan banyak lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkata Medini adalah bandar pintar yang telah menarik pelaburan terkumpul lebih RM13 bilion ($3.92 bilion).

Katanya ia termasuk dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, perkhidmatan perniagaan dan infrastruktur pintar.

“Wilayah subnasional seperti Johor adalah lebih penting berbanding sebelum ini. Kami bukan hanya penerima dasar yang pasif, kami adalah peserta aktif dalam memacu pertumbuhan negara dan wilayah ini,” katanya lapor The Star.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup pada hari pertama Forum Nikkei Medini Johor, di Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru pada 18 Jun.

Menurut Encik Lee inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ) menggambarkan bagaimana dasar yang disasarkan boleh membuka kunci sinergi rentas sempadan dalam perdagangan, bakat dan teknologi, serta mewujudkan ekosistem yang lancar untuk industri bernilai tinggi.

Menerusi fokus terhadap pelaksanaan katanya, kesiapsiagaan infrastruktur dan keyakinan pelabur, Johor telah menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi boleh diagihkan ke peringkat negeri, sekali gus membawa transformasi sebenar di lokasi rakyat.

Encik Lee berkata penceramah forum membincangkan keperluan untuk memperkukuh kerjasama serantau, menekankan kemampanan dan peranan kritikal teknologi dan inovasi, khususnya AI dan platform digital.

“Asia merupakan kawasan yang didiami lebih 4.7 bilion penduduk dan akan terus menjadi hab pembuatan dunia. Ia juga kini sedang muncul sebagai enjin inovasi global dan Johor sedia menjadi sebahagian enjin pembangunan ekonominya,” katanya.

“Dalam era ketidaktentuan ini, pelabur mencari persekitaran pelaburan di mana peraturan adalah telus, keputusan boleh dijangka dan institusi yang stabil. Johor bersedia untuk menawarkannya,” tambahnya.

Forum Nikkei bertemakan ‘Memacu Hab Inovasi Asia’ dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Jun dengan penglibatan kira-kira 800 peserta dan delegasi merangkumi penggubal dasar dan pemikir secara fizikal dan dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg