Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jumpa tengkorak, tulang dipercayai rangka manusia di sawah padi di Kelantan

Apr 8, 2025 | 10:34 AM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KOTA BHARU (Kelantan): Tengkorak dan tulang yang dipercayai rangka manusia ditemukan di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, pada 7 April.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria, berkata maklumat mengenai penemuan itu diterima petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada kira-kira 3 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai polis daripada Balai Polis Selising dan IPD Pasir Puteh telah ke lokasi kejadian dan menemukan tengkorak serta tulang dipercayai rangka manusia.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan pada 8 April, lapor Harian Metro.

Beliau berkata pihak forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hadir untuk menjalankan siasatan serta pencarian saki-baki rangka bagi melengkapkan siasatan.

“Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Selising Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah di talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-7867222,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg