Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kajian: M’sia catat skor lebih baik dalam indeks sekatan beragama

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kajian: M’sia catat skor lebih baik dalam indeks sekatan beragama

Mar 12, 2024 | 03:25 PM



KUALA LUMPUR: Sekatan beragama di Malaysia telah berkurangan dalam tempoh beberapa tahun, demikian menurut kajian terbaru ke atas 198 negara oleh Pusat Penyelidikan Pew, yang berpangkalan di Washington.


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan minggu lalu, ia diukur dengan dua indeks yang dipanggil Indeks Sekatan Pemerintah (GRI) dan Indeks Permusuhan Sosial (SHI) yang mana data terkini di Malaysia bagi 2021 menunjukkan negara memperoleh masing-masing 7.7 dan 3.3 skor dalam kededuanya.

Untuk perbandingan, Malaysia telah mendapat markah 8.5 dan 3.5 masing-masing pada 2020, yang nyata lebih tinggi daripada tahun asas pada 2007 (6.4 dan 1.0). Skor yang lebih tinggi menunjukkan sekatan yang lebih tinggi.

Walaupun begitu, GRI menunjukkan bahawa sekatan kerajaan terhadap agama di Malaysia terus berterusan pada tahap ‘sangat tinggi’, dengan Malaysia berada dalam kategori paling teruk ‘sangat tinggi’ berbanding negara lain yang mendapat markah 6.6 dan lebih tinggi.

Menurut laporan Malay Mail, di Asia-Pasifik, negara yang mendapat kedudukan lebih tinggi daripada Malaysia dalam GRI ialah Afghanistan, China, Iran, Tajikistan dan Uzbekistan.


Negara jiran Myanmar mencatat markah yang sama dengan Malaysia, manakala Indonesia menduduki tempat yang lebih rendah pada 7.4, diikuti Singapura (6.9) dan Brunei (6.5).

Bagi SHI, Malaysia dikategorikan dalam kumpulan ‘sederhana’, bagi mereka yang berada pada kedudukan 1.5 hingga 3.5 mata.

Pew berkata GRI mengukur undang-undang, dasar dan tindakan pemerintah yang menyekat kepercayaan dan amalan agama, termasuk usaha pemerintah mengharamkan kepercayaan tertentu, melarang penukaran agama, mengehadkan dakwah atau memberi layanan keutamaan kepada satu atau lebih kumpulan agama.

Sementara itu, SHI mengukur tindakan permusuhan agama oleh individu persendirian, organisasi atau kumpulan dalam masyarakat seperti konflik bersenjata atau keganasan berkaitan agama, keganasan kumpulan atau mazhab, gangguan terhadap pakaian atas sebab agama dan bentuk ugutan atau penderaan lain yang berkaitan dengan agama.

Malaysia juga disebut dalam laporan yang menganalisis 161 negara dengan pemerintah yang memberi faedah kepada kumpulan agama, tetapi pada masa sama, mengganggu kumpulan agama dan campur tangan dalam ibadat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >