Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Kampung di Sabah bergelap, lelaki lecur gara-gara curi kabel elektrik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kampung di Sabah bergelap, lelaki lecur gara-gara curi kabel elektrik

Apr 02, 2024 | 02:11 PM



KOTA KINABALU: Tindakan seorang penduduk di Kampung Gentisan, dekat Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah, mencuri kabel pencawang elektrik bukan sahaja menyebabkan dia melecur akibat terkena renjatan elektrik, bahkan seluruh kampung bergelap.


Akibat perbuatannya, lelaki itu kini dalam keadaan kritikal selepas melecur teruk akibat terkena renjatan ketika cuba mencuri kabel di pencawang milik Sabah Electricity (SESB) berhampiran kampung itu.

Kejadian tersebut disedari penduduk kampung selepas mereka terdengar dentuman kuat kira-kira 3 pagi pada 31 Mac, sebelum bekalan elektrik di kampung itu terputus sepenuhnya.

Selepas itu, penduduk kampung terdengar suara orang menjerit meminta tolong dari tepi jalan, dan mereka kemudian menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan kulit mukanya ada kesan terbakar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden (SP) Kalsom Idris, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, lapor Berita Harian Malaysia.


“Suspek berusia 29 tahun itu disyaki terkena renjatan elektrik ketika cubaan mencuri kabel di pencawang SESB, yang berada di kawasan berhampiran. Salah seorang rakannya turut cedera, namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba,” katanya.

SP Kalsom berkata lelaki yang tinggal di Kampung Gentisan itu kemudian dibawa ke Hospital Likas oleh ahli keluarganya.

“Keadaan lelaki terbabit kritikal kerana melecur tahap tiga di bahagian muka dan leher, manakala tahap dua di bahagian bahu dan lengan kanan. Selain itu, terdapat luka di kening kiri dan matanya bengkak serta tidak dapat dibuka,” katanya.

Siasatan masih diteruskan dan kes itu diklasifikasikan sebagai melakukan khianat harta benda awam.

SP Kalsom mengingatkan orang awam supaya menjauhi perbuatan mencuri kabel elektrik, yang bukan sahaja satu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah, bahkan berisiko bahaya renjatan elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >