Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kastam M’sia nafi penyeludupan arak di Forest City, JB

May 13, 2024 | 2:01 PM
Tangkap layar video tular berkaitan penyeludupan minuman keras di Forest City, Johor Bahru, disahkan video lama oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tangkap layar video tular berkaitan penyeludupan minuman keras di Forest City, Johor Bahru, disahkan video lama oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. - Foto JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan berlaku kegiatan penyeludupan minuman keras di kedai bebas cukai di Forest City, Johor Bahru, seperti video tular di media sosial baru-baru ini.

Pengarah JKDM Johor, Encik Aminul Izmeer Mohd Sohaimi, berkata video berdurasi 2.21 minit yang memaparkan insiden itu tular, namun hasil siasatan dijalankan mendapati ia merupakan video lama.

“Ia merupakan video lama yang telah ditularkan pada 2021 dan dimuat naik semula bagi mendapat perhatian warganet.

“Video itu memaparkan keadaan luar kedai bebas cukai yang masih menggunakan alat pengesan berwarna jingga, yang mana alat pengesan ini telah ditukar dengan alat pengesan baru berwarna ungu juga membuktikan ia adalah video lama,” katanya lapor Astro Awani.

Menurut Encik Aminul Izmeer, JKDM komited membendung kegiatan penyeludupan minuman keras di Forest City dengan meletakkan anggota di situ.

Ujarnya, sejak pembukaan dan kewujudan kedai bebas cukai di Forest City dari 2018, JKDM telah ditugaskan untuk berada di pintu keluar masuk.

“Setelah pembangunan pesat dan kediaman mula diduduki di Forest City, JKDM dapati terdapat banyak lorong-lorong tikus atau jalan tidak diiktiraf untuk keluar masuk ke Forest City.

“Langkah penyelesaian dengan kerjasama pihak Forest City telah diambil dengan peningkatan kawalan di mana kawasan berisiko dipagarkan serta jalan keluar masuk hanya melalui kawalan JKDM,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino sebelum ini, adalah fitnah liar dan tidak benar sama sekali.

Beliau sekali lagi menegaskan ia sekadar tanggapan jahat yang ditimbulkan bagi menggagalkan pembangunan Forest City yang akan dijadikan Zon Kewangan Khas (SFZ).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg