Kemenangan dalam pilihan raya kecil Kinabatangan, Lamag di Sabah bukan tanda BN kembali kuat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kemenangan dalam pilihan raya kecil Kinabatangan, Lamag di Sabah bukan tanda BN kembali kuat

Penganalisis: Sokongan lebih kepada status quo berbanding lonjakan populariti, sokongan pengundi kepada BN
Jan 26, 2026 | 4:08 PM

Kemenangan dalam pilihan raya kecil Kinabatangan, Lamag di Sabah bukan tanda BN kembali kuat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
politik M’sia, pilihan raya kecil Sabah, BN
Dua calon Barisan Nasional (BN) iaitu Encik Naim Moktar (kiri) yang juga anak kepada Almarhum Datuk Seri Bung Moktar Radin, memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan, manakala Encik Ismail Ayob (kanan) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag pada pilihan raya kecil di Sabah pada 24 Januari. - Foto BERNAMA

Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam pilihan raya kecil (PRK) pada 24 Januari lalu, namun penganalisis politik menekankan kemenangan yang sudah dijangka itu bukan petanda BN kembali kuat di Sabah.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg, menegaskan bahawa secara taktikal, kemenangan BN di Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag signifikan dan bersifat status quo, namun secara menyeluruh, ia bukan petanda rakyat kembali kuat menyokong BN.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg. - Foto ihsan ROMZI ATIONG

“Kemenangan ini bukan perkara yang perlu dibanggakan BN secara berlebihan. Ia lebih mencerminkan bahawa BN perlu bekerja lebih keras untuk memperkukuh kedudukannya di Sabah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang dijangka sebelum Februari 2028,” katanya kepada Berita Harian (BH).

Pada PRK itu, anak kepada mantan Pengerusi BN Sabah, Almarhum Datuk Bung Moktar Radin, iaitu Encik Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32 tahun, meneruskan legasi bapanya dengan mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

Kerusi DUN Lamag pula dimenangi Encik Mohd Ismail Ayob atau juga dikenali sebagai Miha, yang mempertahankan kerusi DUN Lamag dengan majoriti 5,681 undi, menewaskan calon Parti Warisan Sabah.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November 2025 lalu, Encik Ismail adalah calon Bebas untuk DUN Lamag dan beliau merupakan pesaing terkuat Almarhum Datuk Bung ketika itu.

PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan menyusuli kematian Datuk Bung, 66 tahun, selaku penyandang pada 5 Disember 2025, seminggu selepas beliau mempertahankan dominasi di dua kerusi itu pada PRN Sabah.

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang baru, Datuk Jafry Ariffin, berkata kejayaan BN mempertahankan kedua-dua kerusi itu adalah penanda aras jelas sokongan rakyat kekal utuh bersama BN.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula menyifatkan keputusan itu mencerminkan keyakinan rakyat terhadap kesinambungan kepimpinan serta kestabilan yang diharapkan bagi kawasan tersebut.

Merumuskan faktor kemenangan BN terutama di kerusi DUN Lamag, Profesor Dr Romzi berkata ia lebih mencerminkan undi simpati dan penghormatan pengundi terhadap jasa Almarhum Datuk Bung, selain kekuatan jentera tersusun, ditambah sokongan kempen oleh parti pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Dalam konteks yang menyeluruh, ia bukanlah petunjuk bahawa BN sudah kembali kuat, tetapi yang lebih jelas ialah pengundi tidak mahu merugikan diri dengan memilih pembangkang.

“Pengundi khususnya di DUN Lamag cenderung mengekalkan status quo bukan semata-mata kerana calon, tetapi kerana BN kini membentuk kerajaan di Sabah dan peringkat Persekutuan,” katanya.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Encik Mujibu Abdul Muis.
Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Encik Mujibu Abdul Muis. - Foto UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Encik Mujibu Abdul Muis, juga berpandangan kemenangan BN di dua kerusi terbabit lebih mencerminkan sejarah pengaruh kawasan, faktor tradisi dan calon muda yang diterima, daripada petanda pengukuhan sebenar sokongan rakyat terhadap BN secara meluas.

“Kinabatangan dan Lamag adalah kerusi tradisi BN yang boleh dianggap sebagai pusat pengaruh Umno/BN di Sabah. Kawasan ini pernah dipegang Almarhum Datuk Bung selama beberapa penggal yang memberikan asas sokongan kukuh kepada parti.

“PRK ini ibarat mengenang Almarhum Datuk Bung, satu ikon di Kinabatangan dan Lamag. Jadi walaupun BN mengekalkan kerusi, sokongan itu lebih kepada status quo berbanding lonjakan populariti dan sokongan pengundi kepada BN,” katanya kepada BH.

Encik Mujibu, yang juga Zamil Penyelidikan Ilham Centre, menyifatkan PRK kali ini kurang menyengat dengan ketiadaan persaingan sengit berbilang penjuru seperti pilihan raya sebelum ini, sekali gus menjadikan kemenangan BN lebih dijangka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg