Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M’sia bakal lancar ‘perang’ terhadap gula

May 17, 2024 | 12:09 PM
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mahu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia dengan melancarkan ‘perang’ terhadap gula menerusi penarafan kandungan gula dalam minum seperti yang dilaksanakan di Singapura.
Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mahu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia dengan melancarkan ‘perang’ terhadap gula menerusi penarafan kandungan gula dalam minum seperti yang dilaksanakan di Singapura. - Foto FACEBOOK DR DZULKEFLY AHMAD

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bakal melancarkan ‘perang’ terhadap gula bagi mengurangkan peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan rakyat negara itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata usaha itu akan dilakukan dengan memberi penarafan kepada minuman berdasarkan kandungan gulanya.

“Dalam tempoh terdekat, KKM akan segera memperkenalkan sistem penarafan minuman manis berdasarkan jumlah gula yang terdapat dalam minuman tersebut.

“Ini sama seperti yang dilaksanakan di negara jiran kita, Singapura, di mana kandungan gula dalam minuman diberikan penarafan A, B, C, atau D,” katanya selepas program e-Findings Hasil Penyelidikan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, lapor portal Malaysia Gazette.

Beliau memberi contoh Singapura mewajibkan label pemakanan, yang dipanggil Nutri-Grade, termasuk mengkelaskan minuman mengikut kandungan gulanya.

Label Nutri-Grade itu mempunyai empat gred yang diberi kod warna A (hijau tua), B (hijau muda), C (jingga) dan D (merah), berdasarkan kandungan gula dan lemak tepu.

Datuk Dr Dzulkefly berkata langkah itu penting walaupun laporan menunjukkan penurunan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia sejak 2019.

Berdasarkan laporan NHMS 2023, kejadian penyakit kencing manis berkurang 2.7 peratus antara 2019 hingga 2023, manakala kes darah tinggi menurun 0.8 peratus dan kolesterol tinggi berkurang 4.8 peratus dalam tempoh sama.

Beliau, bagaimanapun, menyatakan data daripada NHMS 2023 menunjukkan seorang daripada setiap dua rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan.

“Individu yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan berisiko menghidap penyakit kencing manis jenis dua dan juga berisiko tinggi bagi barah dan penyakit hati berlemak.

“Oleh itu, perang gula adalah berkaitan mengurangkan kes kencing manis dan penyakit tidak berjangkit lain,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg