Kerajaan M’sia setuju had tempoh jawatan PM 10 tahun, pindaan Perlembagaan dijangka dibentang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M’sia setuju had tempoh jawatan PM 10 tahun, pindaan Perlembagaan dijangka dibentang

Jan 31, 2026 | 11:27 PM

Kerajaan M’sia setuju had tempoh jawatan PM 10 tahun, pindaan Perlembagaan dijangka dibentang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said,
kerajaan Malaysia akan membuat beberapa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau dua penggal.
Mengikut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan Malaysia akan membuat beberapa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau dua penggal. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan membuat beberapa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan untuk mengukuhkan dasar mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun atau dua penggal penuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini (2026).,

Langkah itu susulan cadangan dasar mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun dipersetujui dalam mesyuarat mingguan Jemaah Menteri, pada 30 Januari, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Kerajaan semalam bersetuju dengan cadangan dasar pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri selama 10 tahun sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh prinsip akauntabiliti, semak dan imbang serta tadbir urus berteraskan Perlembagaan Persekutuan di bawah agenda reformasi institusi Kerajaan Madani.

“Keputusan ini dibuat selepas Jemaah Menteri meneliti secara menyeluruh input dasar, pandangan awam serta syor-syor yang dikemukakan melalui sesi libat urus holistik dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan, di sini pada 31 Januari.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, sebelum ini memaklumkan kerajaan akan membentangkan Rang undang-undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada tidak lebih 10 tahun atau dua penggal penuh.

Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat tahun baharu bersama warga Jabatan Perdana Menteri dilaporkan berkata RUU itu ialah satu daripada langkah reformasi institusi dilaksanakan kerajaan sebagai antara hala tuju pada sesi Parlimen tahun ini.

Tambah Datuk Azalina, cadangan mengehadkan tempoh jawatan ini bertujuan mengelakkan penumpuan kuasa berlebihan, memperkukuh sistem demokrasi serta meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap institusi kepimpinan negara.

“Ia selaras dengan amalan demokrasi matang di peringkat antarabangsa,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg