Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan M’sia setuju pinda Akta Himpunan Awam

Feb 13, 2025 | 2:24 PM
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736), bagi memudahkan pelaksanaan keputusan daripada kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keperluan untuk mendapat persetujuan penghuni bagi penganjuran perhimpunan seperti di bawah Seksyen 11 akta tersebut akan dikeluarkan.

Menurut beliau penganjur hanya perlu memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan diadakan bagi tujuan pengawalan.

“Beberapa tindakan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan antirasuah yang melibatkan mahasiswa akan dihentikan dan tiada tindakan diambil.

“Begitu juga mogok tunjuk perasaan (membantah Sosma) beberapa hari lalu juga tidak akan diambil apa-apa tindakan,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, pada 13 Februari, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata mulai sekarang tiada keperluan untuk sebarang kelulusan bagi penganjuran himpunan dan beliau percaya penganjur boleh memberi kerjasama kepada polis.

Datuk Anwar menjawab soalan Ahli Parlimen (AP) Kota Melaka (Melaka) daripada Pakatan Harapan (PH), Encik Khoo Poay Tiong, mengenai kesediaan kerajaan meminda Akta Perhimpunan Aman bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaitan sebelum berhimpun.

Encik Khoo turut mencadangkan kerajaan mewujudkan satu tempat khas sebagai lokasi khusus untuk sebarang perhimpunan diadakan.

Sebelum ini, jurucakap Rakyat Benci Rasuah, Encik Zaim Zulkifli, dilaporkan mengecam tindakan polis yang memanggil pelajar universiti untuk siasatan berkaitan himpunan pada 25 Januari lalu dan turut menyifatkan ia sebagai satu bentuk intimidasi.

Ini selepas 10 pelajar terbabit dipanggil untuk dirakam keterangan dan proses didakwa mengambil masa lebih sejam setengah.

Pada himpunan 25 Januari lalu, menyaksikan 200 berhimpun di perkarangan pusat beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, yang kebanyakannya adalah pelajar universiti.

Sementara itu, kertas siasatan turut dibuka melibatkan himpunan ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh, pada 8 Februari lalu.

Mereka juga melancarkan mogok lapar yang berlangsung sehari bagi menunjukkan solidariti bersama tahanan, selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata badan itu akan menyiasat dakwaan rawatan penjagaan kesihatan tidak mencukupi dan penangguhan perbicaraan dihadapi beberapa tahanan Sosma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg