Kerajaan Persekutuan terus bantu tingkat ekon Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kerajaan Persekutuan terus bantu tingkat ekon Johor

Permintaan Johor agar Pusat pulangkan semula cukai boleh dirunding
Feb 16, 2026 | 1:16 PM

Kerajaan Persekutuan terus bantu tingkat ekon Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kerajaan Persekutuan, ekonomi Johor, PM ANwar
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PONTIAN (Johor): Kerajaan Persekutuan akan terus membantu Kerajaan Johor meningkatkan kedudukan ekonomi di negeri itu, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata perbelanjaan bagi Johor adalah antara yang tertinggi di negara ini yang antaranya meliputi projek lebuh raya dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Beliau berkata setiap projek yang dilaksanakan di Johor atau mana-mana negeri perlu memberi manfaat besar kepada rakyat.

“Tahniah kepada negeri Johor yang kerjasama rapat (dengan Kerajaan Persekutuan).

“Kita bantu semaksimum mungkin untuk mengangkat kedudukan ekonomi Johor,” katanya ketika berucap semasa merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pontian dan Karnival Rakyat Madani, di sini pada 15 Februari.

Sementara itu, Perdana Menteri menyeru semua pihak termasuk pegawai daerah dan pemimpin tempatan agar mengutamakan ketelusan, integriti dan keberkesanan dalam pentadbiran, bagi memastikan dana yang diluluskan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

“Johor mempunyai potensi luar biasa dan dengan pengurusan yang betul, negeri ini boleh mencapai kemajuan yang lebih bermakna, sambil memastikan rakyat terus mendapat perhatian dan sokongan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata permintaan Johor supaya 25 peratus hasil cukai pendapatan Johor dipulangkan semula kepada negeri itu, boleh dirundingkan secara baik, lapor MalaysiaGazette.

Menurut beliau ketika ini Johor menerima peruntukan yang paling tinggi daripada perbelanjaan kerajaan Persekutuan yang digunakan untuk pelbagai keperluan rakyatnya.

“Apa yang penting adalah rakyat dapat kebajikan sepenuhnya.

“Wang (kerajaan) Pusat atau wang (kerajaan) negeri, ini semua teknikal, it’s doesn’t matter (ia tidak penting).

“Apa yang paling penting wang sampai kepada rakyat,” katanya.

Datuk Anwar berkata perkara penting adalah untuk memastikan projek-projek untuk rakyat itu tidak berlaku ketirisan atau ‘bocor’.

Tegas beliau, projek untuk rakyat perlu diproses menerusi tender melalui cara yang betul dan dilaksanakan dengan cekap supaya manfaatnya akan dapat dinikmati rakyat.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, ketika berucap pada majlis berkenaan memohon Kerajaan Persekutuan menimbangkan permintaan tersebut yang sebelum ini disuarakan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pada 22 Julai 2025, Tunku Mahkota Ismail dilaporkan berkata supaya 25 peratus hasil cukai pendapatan Johor dipulangkan semula kepada negeri itu bagi memastikan pembangunan dan kebajikan rakyat dapat ditangani lebih berkesan, tanpa terlalu bergantung Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian susulan beberapa kelewatan kemudahan awam termasuk isu pembukaan Hospital Pasir Gudang, gangguan sistem ‘autogate’ (pintu automatik) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), serta kelewatan projek tebatan banjir negeri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg