Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri Kerja Raya: Tiada risiko lubang benam di Klang

Oct 24, 2024 | 2:00 PM
Pada 23 Ogos, berlaku satu kejadian tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, yang telah mengorbankan seorang pelancong India, Cik G. Vijaya Lakshmi, 48 tahun.
Pada 23 Ogos, berlaku satu kejadian tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, yang telah mengorbankan seorang pelancong India, Cik G. Vijaya Lakshmi, 48 tahun. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Risiko lubang benam tidak berlaku di Klang kerana kawasan itu tidak didasari batu kapur, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Datuk Nanta menjelaskan kejadian tanah jerlus yang berlaku di Klang lazimnya disebabkan faktor bukan semula jadi seperti kebocoran paip utiliti, masalah sistem perparitan dan kegagalan struktur tanah.

Menurutmya, Kementerian Kerja Raya (KKR) bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk laluan yang terletak di kawasan Parlimen Klang, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Bagi mengelakkan kejadian tanah jerlus disebabkan kebocoran paip utiliti, KKR sudah mempunyai garis panduan prosedur pemasangan utiliti jalan Persekutuan.

“Di mana pemasangan utiliti di dalam rizab jalan Persekutuan perlu mematuhi garis panduan dan keperluan teknikal yang sudah disyaratkan, selain pemantauan dan penyelenggaraan secara berkala,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat (Parlimen) pada 24 Oktober.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen (AP) Klang, Encik V Ganabatirau (Pakatan Harapan), mengenai perancangan membantu membendung kejadian lubang benam di kawasan yang berisiko tinggi, khususnya di kawasan Klang.

Kejadian lubang benam, tambah beliau, sepatutnya boleh dibendung melalui pemeriksaan dan perancangan awal.

Sebelum ini pada 23 Ogos, berlaku satu kejadian tanah jerlus sedalam lapan meter di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Ia mengorbankan seorang pelancong India, Cik G. Vijaya Lakshmi, 48 tahun, yang hilang selepas terperosok akibat kejadian tanah jerlus ketika berjalan kaki di lokasi terbabit.

Selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama sembilan hari dan tidak berhasil menemukan mangsa, ia dihentikan pada 31 Ogos selepas pihak berkuasa mengambil kira pelbagai faktor, termasuk keselamatan anggota pasukan SAR.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg