Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Kes rasuah RM25j: Pengarah urusan syarikat jentera pertanian direman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes rasuah RM25j: Pengarah urusan syarikat jentera pertanian direman

Feb 07, 2024 | 11:34 AM



PUTRAJAYA: Seorang pengarah urusan syarikat pengedar jentera pertanian direman tiga hari sehingga 8 Februari kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan projek pembekalan, penghantaran, pengujian dan pemasangan traktor bernilai lebih RM25 juta ($7.06 juta).


Perintah reman terhadap suspek berusia 50-an tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pada 6 Februari.

Suspek sebelum ini adalah antara tiga individu yang ditahan SPRM termasuk seorang pengurus besar pemasaran dan seorang lagi berjawatan pengurus besar jualan di dua syarikat.

“Mereka dipercayai terbabit dalam penawaran dan pemberian rasuah kepada pegawai di sebuah syarikat perladangan sebagai balasan kerana memberikan projek berkenaan,” kata sumber, lapor The Star pada 6 Februari.


Menurut sumber itu ketiga-tiga suspek ditahan kira-kira 11 malam 5 Februari selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Katanya, dua suspek iaitu pengurus besar pemasaran dan pengurus besar jualan kemudian dibebaskan dengan jaminan atas faktor kesihatan.

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tiga suspek itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam satu kes berasingan di Kuala Selangor, Selangor, seorang penjawat awam ditahan SPRM pada 6 Februari, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,000 bagi kelulusan pecah bahagian tanah di sebuah Pejabat Daerah dan Tanah di Selangor.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, mengesahkan penahanan penjawat awam wanita berusia 40-an tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

“Suspek dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada tiga pemilik tanah di sekitar daerah berkenaan yang ingin memohon kelulusan pecah bahagian tanah,” kata sumber.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >