Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes serangan seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan

Sep 27, 2024 | 2:49 PM
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Azman, dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, atas dua tuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2022.
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Azman, dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, atas dua tuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2022. - Foto KOSMO!

KLANG (Selangor): Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, atas dua tuduhan melakukan serangan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun pada 2022.

Hakim Noridah Adam pada 27 September memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili Azman Syah, 43 tahun, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes itu.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh yang juga dikenali sebagai Cik Man dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan, manakala bagi tuduhan kedua dikenakan jumlah penjara sama dan satu sebatan, yang mana hukuman itu diperintahkan berjalan secara berasingan.

Hakim Noridah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling, selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selesai hukuman, lapor Kosmo!.

Sebelum ini, PU Azman diperintah membela diri pada Disember 2023 atas dua tuduhan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kededua tuduhan.

Mengikut tuduhan, PU Azman didakwa melakukan gangguan seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun (ketika kejadian) di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

Tuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

PU Azman yang turut aktif sebagai pelakon dan pengacara televisyen juga menghadapi sembilan lagi tuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ia membabitkan lima tuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan; dua kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam, serta masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang, Selangor.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg