Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwah selebriti dihukum penjara 10 tahun, 3 sebat kerana rogol

Aug 30, 2024 | 4:24 PM
Pendakwah selebriti Malaysia, Da’i Syed, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, pada 2019.
Pendakwah selebriti Malaysia, Da’i Syed, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, pada 2019. - Foto HARIAN METRO

SHAH ALAM (Selangor): Pendakwah selebriti Malaysia, Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, pada 2019.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pada akhir kes pembelaan dan memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa 30 Ogos, lapor Harian Metro.

Sebaik mendengar keputusan itu, Da’i Syed, 29 tahun, yang baru menimang cahaya mata perempuan pada 14 Ogos lalu hasil perkahwinan dengan pengacara televisyen, Cik Hana Ismail, 38 tahun, menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Cik Hana yang masih berpantang turut mengalirkan air mata.

Pada 10 April 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Cik Rihaida Rafie, melepas dan membebaskan pendakwah itu daripada tuduhan tersebut tanpa memanggilnya membela diri, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadapnya di akhir pendakwaan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Mac, mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memerintahkan tertuduh membela diri atas tuduhan tersebut.

Terdahulu pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun, di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam, pada 1.35 malam, 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol. Sepanjang prosiding kes terbabit yang bermula April 2022, seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor, turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua tuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg