Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes Vivy Yusof, suami: Bicara tuduhan pecah amanah RM8 juta mula 13 Apr 2026

Jun 23, 2025 | 10:28 PM
Vivy Yusof, pecah amanah, Fashion Valet
Mahkamah Sesyen, pada 23 Jun, menetapkan 13 April 2026 sebagai tarikh mula perbicaraan kes pecah amanah membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, pada 23 Jun, menetapkan 13 April 2026 sebagai tarikh mula perbicaraan kes pecah amanah membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan 15 hari untuk perbicaraan kes bermula 13 hingga 17 April , selain 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Mahkamah turut menetapkan 27 Oktober 2025 untuk sebutan semula kes.

Pasangan itu didakwa atas pertuduhan pilihan melakukan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (KHAZANAH) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta ($2.4 juta).

Kesalahan didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara di Plaza Damansara, Bukit Damansara, pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ashok Athimulan.

Vivy dan suaminya tidak hadir ke prosiding hari ini dan dipercayai masih berada di Makkah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg