Ketua Bersatu bahagian Port Dickson dipecat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua Bersatu bahagian Port Dickson dipecat

Mar 19, 2026 | 12:21 PM

Ketua Bersatu bahagian Port Dickson dipecat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, Che GuBard, pemecatan, Ketua Bersatu bahagian Port Dickson, Setiausaha Lembaga Disiplin
Ketua Bersatu bahagian Port Dickson, Encik Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali Che GuBard, dipecat keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 18 Mac. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Episod pemecatan ahli dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berterusan dengan Ketua Bersatu bahagian Port Dickson, Encik Badrul Hisham Shaharin, atau lebih dikenali Che GuBard, menjadi pemimpin terkini yang dipecat daripada parti itu.

Beliau menerima berita pemecatannya melalui WhatsApp daripada Setiausaha Lembaga Disiplin Bersatu pada 6 petang, 18 Mac.

“Seperti dijangka, sekitar 6 petang (18 Mac), saya dipecat oleh parti melalui WhatsApp.

“Ternyata parti tidak lagi memperjuangkan isu rakyat, parti yang presidennya mementingkan hanya kelompok tertentu, yang mengugut semua orang supaya mengikut telunjuk pejabat presiden semata-mata,” katanya, lapor portal berita Free Malaysia Today.

Beliau yang dipilih sebagai Ketua Bersatu Port Dickson (Negeri Sembilan) pada November 2024, berikrar untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dan melawan rasuah.

Sebelum menyertai Bersatu pada 2020, Che GuBard pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun dipecat pada 2016.

Terdahulu, pada 10 Mac, beliau mendedahkan telah menerima notis tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin Bersatu berkaitan beberapa tuduhan, termasuk mencemarkan imej dan nama parti.

Walaupun diberi tempoh hingga 24 Mac untuk menjawab, Che GuBard enggan berbuat demikian.

Beliau menganggap isu yang dibangkitkan itu ‘tidak masuk akal’.

Beliau mendakwa keadaan sebegitu menunjukkan parti dikawal sepenuhnya, sekali gus merampas kebebasan ahli untuk bersuara.

Bersatu dilanda kemelut dalaman di antara Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan mantan Timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, sehingga menyebabkan Ahli Parlimen Larut (Perak) yang juga Ketua Pembangkang itu dipecat keahlian parti pada 13 Februari lalu.

Beberapa pemimpin Bersatu lain yang dikatakan menyokong Datuk Hamzah turut dipecat dan digantung selepas penyingkiran Datuk Hamzah, termasuk Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, dan Ketua Srikandi (Wanita) Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Che GuBard sebelum ini pernah membuat pendedahan beberapa kes yang menggemparkan negara antaranya termasuk kes rasuah melibatkan pegawai tertinggi tentera dan salah laku moral dalam pasukan pertahanan Malaysia.

Pemecatan Che GuBard dipercayai berpunca daripada perbezaan pendirian dalaman beliau dengan kepimpinan parti yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

“Seperti dijangka, sekitar 6 petang (18 Mac), saya dipecat oleh parti melalui WhatsApp. Ternyata parti tidak lagi memperjuangkan isu rakyat, parti yang presidennya mementingkan hanya kelompok tertentu, yang mengugut semua orang supaya mengikut telunjuk pejabat presiden semata-mata.”
Encik Badrul Hisham Shaharin, Ketua Bersatu bahagian Port Dickson.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg